Kenali Kami

Kenali kami, anda akan rasa kami dekat di hati... 




Mohamad Jalil bin Mohamad Yunus merupakan suatu nama yang bertuah dalam diri ini. Saya mengajar di SMK Jalan Reko, Kajang (SMKJR). SMKJR merupakan sekolah kedua saya selama bergelar guru. Penempatan pertama saya adalah di SMK Bakong, Miri Sarawak. Penempatan pertama saya di Bakong merupakan suatu pengalaman berharga saya. Tahun 2013 merupakan tahun kelapan saya berkhidmat sebagai seorang pendidik. Saya sememangnya seorang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.

Diri ini sangat bertuah kerana bertemankan seorang wanita yang sejelita Dato' Siti Nurhaliza, iaitu Norhayati binti Mat Ali. Penempatan pertama beliau di SMK Sungai Lembing, Pahang. Kemudian, beliau berpindah mengikut suami ke SMK Bakong, Miri. Beliau juga merupakan seorang guru yang mengajar di SMK Convent, Kajang. Alhamdulillah, hasil perkongsian hidup, kami dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sangat comel.

Butiran Diri yang Perlu Anda Ketahui :

Nama Penuh               :           Mohamad Jalil bin Mohamad Yunus
Umur                          :           33 Tahun
Pendidikan Tertinggi    :           Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tempat Berkhidmat    :           SMK Jalan Reko, Kajang Selangor
Pengalaman Mengajar :           9 tahun (Bahasa Melayu PMR & SPM)

Pengalaman Lain         :           
1.         Mentaksir Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian SPM (4 tahun) 
2.         Penceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (2011 hingga kini)
3.         Penceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM Kertas 1 
            (2011 hingga kini)
4.         Penceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM Kertas 2 
            (2013 hingga kini)


Nama Penuh               :           Norhayati binti Mat Ali
Umur                          :           33 Tahun
Pendidikan Tertinggi    :           Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tempat Berkhidmat    :           SMK Convent, Kajang Selangor
Pengalaman Mengajar :           9 tahun (Bahasa Melayu PMR & SPM)
                                           
Jika anda ingin menghubungi kami, bolehlah ke laman sesawang berikut :

jalilyunus_yatiali@yahoo.com.my
atau
jalilyunus@gmail.com

Insha Allah kami sedia membantu.
                                         


Kami amat berharap agar blog ini dapat membantu dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

4 comments:

  1. Alias Rehbar (Engku Husain)August 14, 2015 at 7:12 AM

    ooOooOo, Ini rupanya empunya badan persis Dato' Siti Nurhaliza..hehe
    Anyway, terima kasih untuk 'talk' / ilmu, pagi tadi, mmg terbaik haha
    Insyallah saya akan cuba buat karangan mengikut formula yg cikgu berikan,
    Thanks again,
    Moga sukses selalu :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum, bokeh saya dapatkan nombor telefon cikgu?

    ReplyDelete
  3. cikgu ada contoh soalan resjudika

    ReplyDelete