Thursday, October 3, 2013

Karangan Contoh Terbaik

TAJUK : LANGKAH-LANGKAH MENERAPKAN NILAI PATRIOTISME DALAM DIRI ANAK REMAJA HARI INI

Merdekakah kita???
Siti Nur Amirah Rohaizad

Merdekakah kita?
Tatkala, anak bangsa sering alpa?
Merdekakah kita?
Tatkala anak bangsa
Bergelumang dengan najis dadah?

Merdekakah kita?
Jika bakal umarak negara
Beraksi di atas motor kapcai?
Digelar mat rempit?

Berbanggakah kita?
Tatkala anak gadis membuang bayi
yang tidak berdosa?

Di manakah erti kemerdekaan?
Inikah generasi muda yang bakal
Memimpin negara pada masa akan datang?

Ayuh!
Sedarlah duhai remaja
Bangkitlah dari tidur lenamu
Ingatlah,
Hidup ini persis lilin yang dinyala,
Kiamat semakin hampir
Dunia semakin meniti ke akhirnya

Insaflah, kenalilah dirimu
dan berubahlah
demi hari esok yang penuh cabaran.


Sajak di atas izhar merungkaikan kepentingan pembangunan remaja yang merupakan modal insan acuan negara dalam meniti arus kemerdekaan kini. MERDEKA! MERDEKA! MERRDEKA! merupakan laungan keramat detik 31 Ogos yang berkemundang di Dataran Merdeka yang menjadi peristiwa bersejarah kepada seluruh rakyat Malaysia. Erti kemerdekaan telah lama terpahat dan bertapak dalam sanubari setiap rakyat Malaysia kerana lahirnya semangat patriotisme. Namun, tanpa kita sedari, negara kita telah menghampiri ambang kemerdekaan yang ke-53 dan kian mendekati satu pandangan jauh, Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Marcapada menyaksikan semangat dan erti kemerdekaan dalam diri anak muda pada zaman ini semakin luntur dan hanyut dibuai arus globalisasi yang begitu mencabar akal dan minda. Apakah kita sanggup melihat modal insan yng masih hingusan ini terus dihantui sikap hedonisme seperti ini? Apakah erti kemerdekaan ini hanya ilusi dan suatu imaginasi dalam diri mereka? Hakikatnya, merekalah permata, putera-puteri negara yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Justeru, langkah proaktif perlu disusun dalam usaha melahirkan umarak bangsa yang benar-benar menghayati dan menjiwai erti sebenar suatu kemerdekaan.

            Dalam usaha melahirkan dan memupuk nilai patriotisme, penghayatan tentang erti kemerdekaaan dalam diri seseorang inidividu adalah amat penting. Individu yang dimaksudkan di sini ialah remaja itu sediri yang menggalas tanggungjawab besar dalam menyemai semangat kemerdekaan. Penghayatan tentang erti kemerdekaan boleh dipupuk sejak dari kecil lagi melalui didikan yang sempurna daripada ibu bapa. Ibu bapa juga penting dalam pembentukan jati diri anak-anak yang merdeka. Dalam sebuah institusi kekeluargaan, ibu bapa sebagai ketua keluarga wajar menjadi ‘role model’ kepada anak-anak dalam menyelami erti kemerdekaan yang telah lama dikecapi oleh negara kita. Ibu bapa berperanan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak khususnya memupuk semangat kemerdekaan melalui penghayatan tentang tokoh kemerdekaan tanah air yang berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir dalam perjuangkan nasib bangsa. Bak kata pepatah bapa borek, anak rintik, bagaimana acuan, begitulah kuihnya, bagaimana gubahan, begitulah coraknya. Jadi, izharlah di sini bahawa penghayatan kemerdekaan yang diwarisi dalam sesebuah institusi kekeluargaan bakal menyemarakkan semangat patriotik dalam diri anak-anak sekali gus menjana modal insan minda kelas pertama.

            Selain itu, penerapan erti kemerdekaan dalam diri anak bangsa boleh dipupuk melalui elemen media massa yang memainkan peranan yang penting. Media massa juga merupakan elemen yang tepat dalam usaha memupuk erti kerdekaan dalam diri anak remaja kini. Pelbagai
cerita direncanakan, pelbagai rencana diberitakan, pelbagai berita disampaikan. Pernyataan ini izhar memaparkan betapa kukuhnya peranan media massa sebagai platform dalam membolosi gawang minda anak bangsa tentang penghayatan erti kemerdekaan. Acap kali, kita mendengar di corong-corong radio, di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar terpapar isu yang menjadi topik hangat. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa peranan media massa amat penting dalam menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam diri anak remaja kini. Media massa tidak seharusnya berpaksikan hiburan dan keseronokan semata-mata. Sebaliknya pihak media massa sewajarnya memaparkan drama-drama dan filem-filem seperti Embun, paloh, leftenan Adnan dan sebagainya haruslah dipelbagaikan cara penyampaiannya agar masyarakat tidak berasa bosan. Bukan itu sahaja, media cetak juga boleh menghasilkan karya-karya kemerdekaan yang mampu membakar semangat kemerdekaan dalam diri remaja. Contohnya, seperti penghasilan novel-novel dan buku-buku yang berteraskan penghayatan erti kemerdekaan yang mampu menghidupkan jiwa merdeka dalam diri remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja hari ini amat gemar membaca novel-novel dan majalah-majalah. Langkah proaktif ini akan bisa menggerakkan jiwa remaja untuk menyelami erti sebenar kemerdekaan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa media massa merupakan antara elemen yang penting. Ingatlah bahawa Sejarah adalah untuk dihayati, bukannya untuk diulangi.
            Dalam usaha memupuk nilai patriotisme dan kemerdekaan dalam diri remaja, sokongan dalam satu rumpun komuniti adalah amat penting. Hidup dalam satu rumpun bangsa merdeka, sewajarnya kita harus mempunyai strategi yang mantap dalam usaha menyemarakkan lagi erti kemerdekaan dalam diri remaja. Remaja yang unggul lahir daripada keluarga yang bahagia, keluarga bahagia pembina masyarakat berintegriti, masyarakat berintegriti penjana bangsa merdeka. Jadi, tidak dapat dinafikan lagi bahawa masyarakat juga memegang watak penting dalam menghidupkan erti kemerdekaan daalam diri remaja. Hidup dalam sebuah masyarakat majmuk, kita sewajarnya saling peka dan salaing bantu-membantu antara satu sama lain seperti kata pepatah bagai aur dengan tebing. Istilah menjaga tepi kain orang sewajarnya dipandang positif oleh segenap lapisan masyarakat. Dalam konteks ini, kita harus merangka pelbagai alternatif bijak untuk menerapkan nilai patriotisme dalam diri remaja. Tamsilannya, dalam sebuah masyarakat harmoni, kita boleh dudk semeja dalam membincangkan persoalan-persoalan yang kian melanda anak muda zaman ini, khususnya golongan remaja yang semakin ketandusan nilai patriotisme. Melalui usaha proaktif seperti ini, masyarakat akan menyedari tanggungjawab mereka dalam membentuk remaja yang berjiwa merdeka. Masyarakat kita seharusnya menganjurkan kempen-kempen dan ceramah-ceramah untuk menerapkan nilai-nilai patriotisme yang semakin menghilang dalam diri remaja hari ini. Jadi, jelaslah di sini, bahawa masyarakat memainkan perana yang bergitu penting. Tuntasnya, masyarakat yang berjiwa merdeka menggambarkan nilai ketamadunan yang tinggi.

            Kemerdekaan tidak dapat dipertahankan sekiranya kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan, pegangan yang teguh dan jati diri yang kukuh. Dalam hal ini, institusi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan modal insan yang berbekalkan nilai patriotisme yang tinggi serta disaluti dengan semangat kemerdekaan yang membara. Dalam dunia tanpa sempadan ini, maju mundurnya sesebuah bangsa dan negara ditentukan oleh insan yang berjiwa merdeka. Jadi, terbuktilah di sini bahawa institusi pendidikan khususnya di peringkat sekolah sewajarnya menjadi tunjang utama dalam melahirkan remaja yang cemerlang-gemilang dan terbilang. Contohnya, pihak sekolah boleh menerapkan nilai patriotisme dan erti kemerdekaan dalan diri remaja melalui sesi pembelajaran. Antanya ialah, melalui mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, KOMSAS dan sebagainya yang mengandungi sumber inspirasi dalam diri remaja. Remaja merupakan aset negara sewajarnya benar-benar mendalami erti kemerdekaan yang penuh maknya ini. Justeru, remaja seharusnya berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha menggapai hasrat murni negara dalam melahirkan insan yang berakhlak terpuji dan cinta akan negara yang berdaulat. Jadi, tidak dapat dinafikan lagi bahawa institusi pendidikan khususnya sekolah adalah amat penting dalam membentuk remaja yang bakal menerajui dan memartabatkan nama negara di lensa dunia. Senungguhnya, jika guru kencing berdiri, sudah pasti murid akan kencing berlari. Sama-samalah kita fikirkan.

            Intihanya, semua pihak sewajarnya, bersinergi untuk bersatu hati, sebulat suara dengan semangat satu Malaysia untuk berusaha mengekalkan semangat patriotisme dalam diri anak remaja kita. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Sesunguhnya, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Dengan berbekalkan semangat tokoh kemerdekaan, kita mampu melahirkan umarak bangsa yang memiliki semangat patriotisme yang tinggi. Kita sebagai pewaris bangsa perlu bersama-sama berganding bahu dan melaksanakan tanggungjawab kita demi menjamin kemerdekaa negara yang kita cintai sampai bila-bila. Kemerdekaan tanah air haruslah dipertahan ke akhir hayat kita. Berjuanglah hingga ke ttitsan darah yang terakhir demi keamanan negara. Jika bukan kita, siapa? Jika bukan sekarang, bila? Bersamalah kita mengorak langkah sederap agar kemerdekaan negara terus terpelihara dan terus dinikmati oleh generasi akan datang yang mampu melakukan anjakan paradigma untuk negara tercinta. Selamat menyambut kemerdekaan ke-53. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!. 
             






3 comments:

  1. salam, karangan ini meminta punca kenape isinya usaha? btw saya suka baca blog cikgu sbb ianya bnyk membantu saya dlm membina karangan

    ReplyDelete
  2. cikgu...bagaimanakah cara kita mengguna pantun dalam penutup atau dalam isi karangan kita??bolehkah cikgu buat satu page berkaitan dgn itu?dengan pelbagai contoh?btw blog cikgu memang bagus!!

    ReplyDelete