Sunday, October 6, 2013

Rujukan Guru dan Murid untuk Memantapkan Penulisan Karangan Bahagian B Kertas 1 SPM

Penulisan Karangan Bahagian B kertas 1 yang berkesan (SPM)
Soalan :
Anda sebagai pihak polis di sebuah daerah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Kerjasama masyarakat dalam mengatasi masalah jenayah setempat” sempena dengan Hari Keluarga di kawasan perumahan.

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

Pengenalan :
Format : Ceramah
-     Nyatakan Isu yang dibincangkan
-     Ayat terakhir mesti nyatakan kehendak soalan
-     Contoh :
-          Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Zaitun binti Ibrahim, Pengetua SMK Jalan Reko, guru-guru dan hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

            Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “Kerjasama masyarakat dalam mengatasi masalah jenayah setempat”. Negara semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia pula semakin hari semakin bijak. Namun, masalah jenayah setempat (ISU)semakin menjadi-jadi di negara kita. Isu ini semakin hari semakin membimbangkan. Isu ini juga merebak bagai virus epidemik yang tiada penawarnya. Contoh jenayah setempat yang kian parah ialah meragut, merompak, pecah rumah dan banyak lagi. Siapakah yang harus disalahkan? Janganlah kita sering menuding jari antara satu sama lain. Sebaliknya, kita harus bersinergi (KEHENDAK SOALAN) dalam mengekang isu ini sehingga ke akar umbinya.

Isi :
Huraikan kepada :
I + H1 + H2 + C + HC + Pn + *PrB (kalau boleh cuba menjawab 5W1H?)

Contoh
(ISI (I))
Langkah/Faktor dominan dalam hal ini ialah diri sendiri perlu memainkan peranan yang penting.
(HURAIAN (H1))
(siapa diri sendiri?) Ini bermaksud kita termasuk dalam kalangan masyarakat. (Apa yang kita boleh buat?) Kita boleh menjalinkan hubungan yang mesra sesama jiran.
(HURAIAN (H2))
(Mengapa?) Hal ini dikatakan demikian kerana kemesraan sesama jiran boleh mewujudkan suasana yang harmoni sekali gus dapat mengelakkan jenayah yang semakin parah.
(CONTOH (C))
Sebagai contoh, jiran tetangga harus cakna pergerakan anak-anak jirannya.
(HURAIAN CONTOH (HC))
Hal ini sedikit-sebanyak dapat membantu jiran dalam mengatasi masalah-masalah yang wujud dewasa ini.
(PENEGASAN (Pn))
Akhir kalam, masyarakat umum hendaklah prihatin dan memainkan peranan baik dalam menangani masalah ini.
(PERIBAHASA PrB))
Bak kata peribahasa, Bersatu teguh, bercerai roboh.

Penutup :
Mesti ada cadangan dan harapan.
Mesti dicantikkan dengan kata hikmat yang menarik.
Contoh :
-          Konklusinya, bersamalah kita memerangi jenayah setempat hingga ke akar umbinya. Semua pihak hendaklah berganding bahu dalam menangani kekangan ini (CADANGAN). Bak kata pepatah, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Janganlah berputus asa kerana tiada gunung tidak dapat didaki, tiada lurah tidak dapat dituruni (UNGKAPAN MENARIK). Natijahnya, gejala sosial dalam kalangan masyarakat dapat dibendung sekali gus dapat mencapai hasrat umarak negara untuk mencapai Wawasan Perdana 2020, iaitu Malaysia menjadi sebuah negara maju, aman dan damai (HARAPAN).


No comments:

Post a Comment