Thursday, November 28, 2013

Jom buat latihan ringkasan!

Soalan 1 : Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah obesiti. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

               Masalah obesiti dikatakan berpunca daripada perubahan gaya hidup serta penggunaan peralatan yang semakin canggih. Di Malaysia, masalah ini semakin ketara kerana kita mengamalkan gaya hidup moden yang canggih.

               Obesiti berlaku dalam kalangan kanak-kanak juga. Hal ini kerana kanak-kanak zaman sekarang lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer dan televisyen daripada meluangkan masa bermain di padang permainan.

               Oleh sebab itu, Persatuan kajian Obesiti Malaysia (MASO) telah mengeluarkan satu garis panduan, iaitu Amalan Klinikal Pengurusan Obesiti 2004. Garis panduan ini bertujuan mengawal masalah obesiti di Malaysia secara lebih berkesan. Selain itu, garis panduan ini memperbaiki tahap kesihatan rakyat serta meningkatkan mutu perkhidmatan institusi kesihatan sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta.

               Antara garis panduan yang ditetapkan termasuklah program terapi berat badan, iaitu sekurang-kurangnya penurunan sebanyak sepuluh peratus daripada berat badan yang asal. Apabila berat badan yang disarankan berjaya diperoleh, doktor akan meneruskan sesi tersebut.

               Obesiti dapat juga ditegah melalui amalan gaya hidup sihat. Senaman penting untuk mengekalkan kesihatan dan menurunkan berat badan. Aktiviti fizikal seperti berjoging dan berjalan kaki merupakan cara yang paling mudah untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, peranan ahli keluarga dalam memberikan sokongan moral serta perubahan sikap individu amat penting untuk memastikan usaha menurunkan berat badan berjaya dilakukan.

               Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil berat tentang permakanan. Makanan yang berlemak dan berminyak hendaklah dikurangkan serta tabiat makan secara berlebihan dan pengambilan makanan segera harus dielakkan.

Selamat mencuba!

Wednesday, November 27, 2013

SUKSES 2014



SEMOGA SUKSES 2014

 




TINTA MADAH :


SEMALAM SATU KENANGAN, 

HARI INI SATU KENYATAAN YANG PASTI, 

ESOK?


HANYA ALLAH YANG MENGETAHUINYA...

Latihan Karangan

Pengenalan

    Negara semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia pula semakin hari semakin bijak. Dalam menongkah arus pemodenan ini, isu jenayah siber semakin mendapat tempat dalam media massa hari ini. Isu ini juga meniti dari bibir ke bibir dalam segenap lapisan masyarakat. Apakah kesannya kepada kita? Sanggupkah kita membiarkan isu ini bermaharajalela? Marilah kita membasminya hingga ke akar umbinya.

Arahan :
Dengan pengenalan karangan di atas, siapkan sebuah karangan lengkap mengikut kaedah 1P(Pengenalan)5I(Isi)1K(Kesimpulan).

Selamat Mencuba.

Sunday, November 17, 2013

Senarai nama murid Cikgu Jalil yang berjaya menguasai Band 6

Tahniah!

2KM1 2013
1. Ahmad Aqil bin Mohammad Effendi
2. Hani Fathiah binti Zaimee
3. Anis Syazwani binti Md. Aini
4. Ja'afar As-Sadiq bin Mohamad Termizi
5. Muhammad Hazriq Hamqa bin Shaharudin
6. Muhammad Khuzaifah bin Mohd. Idris
7. Muhammad Nuriqram bin Norisham
8. Nur Alia Ayuni binti Roslim
9. Nur Hanis binti Badrul Hisham
10. Nur Izyan 'Inani binti Mohd Amran
11. Nurul Amirah binti Norzailani
12. Nurul Hanis binti Omar

2KM2 2013
1. Ahmad Ikram Shauqie bin Ahmad Zaki
2. Farah Nurliyana binti Mohd. Shaari
3. Nurafiqah binti Mohd Nasir
4. Nur Aimi Farhani binti Mohamad Ramzan
5. Nur Qiatina binti Ramlan
6. Nurul Izza binti Zakaria
7. Sarah Ain binti Mohd Yassin

"Semoga kalian dapat mengharumkan nama diri sendiri, keluarga dan sekolah pada masa akan datang"

Thursday, November 14, 2013

Tahniah, anda melepasi Band 6.

Alhamdulillah, ada beberapa orang pelajar Cikgu Jalil berjaya melepasi Band 6. pertengahan November nanti saya akan paparkan nama mereka yang berjaya. Tahniah dan semoga anda berjaya dengan Band yang sama tahun depan.