Tuesday, October 8, 2013

Rujukan Guru dan Murid : Soalan Pemahaman Soalan 2 Kertas 2 SPM Bahasa Melayu

Bahasa Melayu Kertas 2
1103/2

Analisis SPM 2012

Soalan 1 : Rumusan faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi

pelancongan kesihatan

Soalan 2 (b) : Cerpen ‘Hutan Rimba’
Soalan 2 (c) : Prosa Tradisional ‘Merah Silu’
Soalan 2 (d) : Sajak ‘Bangkitlah’

Soalan 3 (a) : Kata Ganda Berentak
Soalan 3 (b) : Ayat Songsang ke Ayat Biasa
Soalan 3 (c) : Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

Soalan 3 (d) : Kesalahan Penggunaan Kata, Istilah dan Bahasa
Soalan 3 (e) : PeribahasaBerikan maksud peribahasa

Soalan 4 (a) : Dua Latar Masa
Soalan 4 (b) : Tiga Nilai Kemanusiaan

Soalan 2 - Soalan Pemahaman
Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah
Perhatian :
Jawapan mesti dalam ayat sendiri
Jawapan mesti lengkap/sempurna
Jika disalin bulat-bulat dan jawapan itu betul
markah 1/2 daripada markah yang diberi
Soalan 2a Soalan Pemahaman Umum
- Soalan 2a (i), biasanya soalan berdasarkan petikan yang dirumuskan.
- Soalan (i) ialah maksud rangkai kata.
- Jawab dengan menukarkan setiap satu perkataan.
- Contoh :
  Berikan maksud rangkai kata berjalan perlahan  (2 markah)
  Maksud rangkai kata berjalan perlahan ialah bergerak lambat.

- Soalan 2a (ii), biasanya jawapan di dalam petikan. Di dalam perenggan yang kurang isi
  tersurat rumusan.
- Jawapan berdasarkan markah / berdasarkan kehendak soalan.
- Contoh :
  Berdasarkan petikan, bagaimanakah program pencegahan dadah di sekolah dapat
  dilaksanakan dengan berkesan? (3 markah)
  Program pencegahan dadah di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan cara
  ______cara 1____. Selain itu, _____cara 2_____. Akhir sekali, ____cara 3______.

- Soalan 2a (iii) ialah pendapat anda sendiri.
- Jawapan berdasarkan markah / berdasarkan kehendak soalan.
- Contoh :
  Pada pendapat anda, mengapakah remaja terjebak dengan najis dadah? Berikan empat
  sebab. (4 markah)
  Pada pendapat saya, empat sebab remaja terjebak dengan najis dadah  ialah
  _____sebab 1 ___. Selain itu, _____sebab 2____. Seterusnya, ____sebab 3________.
  Akhir sekali, _____ sebab 4______.

Soalan 2b Soalan Pemahaman Cerpen / Drama
- Soalan 2b (i), biasanya soalan cerpen / drama daripada Antologi KOMSAS tingkatan 4 dan
  tingkatan 5.
- Soalan (i) ialah jawapannya ada di dalam petikan.
- Jawab dalam 2 ayat.
- Contoh :
  Mengapakah penduduk kampung meninggalkan pangkalan kampung Dal? (2 markah)
  Penduduk kampung meninggalkan pangkalan kampung Dal kerana ________jawapan
  1______. Selain itu, ______jawapan 2______.

- Soalan 2b (ii) ialah jawapannya pendapat anda sendiri.
- Jawapan berdasarkan markah / berdasarkan kehendak soalan.
- Contoh :
  Pada pendapat anda, nyatakan kesan-kesan peperangan kepada masyarakat. Berikan tiga
  kesan tersebut. (3 markah)
  Pada pendapat saya, kesan-kesan peperangan kepada masyarakat ialah ______kesan
  1____. Selain itu, _____kesan 2_____. Akhir sekali, ____kesan 3______.

- Soalan 2b (iii) ialah soalan berasaskan unsur KOMSAS.
- Jawapan berdasarkan markah / berdasarkan kehendak soalan.
- Contoh :
  Huraikan dua nilai murni dalam petikan dan dua nilai murni yang terdapat dalam keseluruhan
  cerpen tersebut. (4 markah)
  Dua nilai murni dalam petikan ialah _____nilai 1 dan huraian____. Selain itu, _____nilai
  2 dan huraian____. Dua nilai murni dalam keseluruhan cerpen pula ialah _____nilai 1
  dan huraian____. Selain itu, _____nilai 2 dan huraian___.

Soalan 2c Soalan Pemahaman Prosa Tradisional
- Biasanya soalan Prosa Tradisional daripada Antologi KOMSAS tingkatan 4 dan tingkatan 5.
- Soalan 2c (i) ialah maksud rangkai kata.
- Jawab dengan menukarkan setiap patah perkataan.
- Contoh :
  Berikan maksud rangkai kata mencita geliga. (2 markah)
  Maksud mencita geliga ialah menggosok batu hikmat.

- Soalan 2c (ii) ialah jawapannya di dalam petikan.
- Jawapan berdasarkan markah / berdasarkan kehendak soalan.
- Contoh :
  Jelaskan peristiwa yang berlaku antara Raja Indera Bumaya dengan Raja Bahrum
  Dewa. (3 markah)
  Peristiwa yang berlaku antara Raja Indera Bumaya dengan Raja Bahrum Dewa ialah
  ________peristiwa 1_________. Selepas itu, ______ peristiwa 2_______. Seterusnya,
  ________peristiwa 3_______.

- Soalan 2c (iii) ialah pendapat anda sendiri.
- Jawapan berdasarkan markah / berdasarkan kehendak soalan.
- Contoh :
  Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk mengelakkan sebarang pergaduhan atau
  peperangan? (3 markah). 
  Pada pendapat saya, cara terbaik untuk mengelakkan sebarang pergaduhan atau
  peperangan ialah _________cara 1_____. Selain itu, _____cara 2____. Akhir sekali,
  _______ cara 3______. 

Soalan 2d Soalan Pemahaman Pantun / Sajak / Syair / Gurindam
- Biasanya soalan pantun / sajak / syair / gurindam daripada Antologi KOMSAS tingkatan 4
  dan tingkatan 5.
- Soalan 2d (i) ialah jawapannya maksud pantun/sajak/syair /gurindam mengikut baris atau
  rangkap / berdasarkan maksud pantun/sajak/syair/ gurindam.
- Jawab mengikut kehendak soalan.
-  Contoh :
  Berdasarkan rangkap kedua sajak di atas, mengapakah Bahasa Kebangsaan perlu
  didaulatkan ? (2 markah)
  Bahasa Kebangsaan perlu didaulatkan kerana ______1 isi_____.

- Soalan 2d (ii) ialah jawapannya pendapat anda sendiri.
- Jawapan berdasarkan markah / berdasarkan kehendak soalan.
- Contoh :
  Pada pendapat anda, jelaskan cara-cara untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan di
  negara ini. (3 markah)
  Pada pendapat saya, cara-cara untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan di negara ini ialah
  ______cara 1____. Selain itu, _____cara 2_____. Akhir sekali, ____cara 3______.

- Soalan 2d (iii) ialah soalan berasaskan unsur KOMSAS.
- Jawapan berdasarkan markah / berdasarkan kehendak soalan.
- Contoh :
  Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. (4 markah)
  Tiga pengajaran ialah _____pengajaran 1 dan huraian____. Selain itu, _____pengajaran
  2 dan huraian____. Akhir sekali, _____pengajaran 3 dan huraian_____.










No comments:

Post a Comment