Showing posts with label MENENGAH RENDAH. Show all posts
Showing posts with label MENENGAH RENDAH. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Latihan Ringkasan “Langkah-langkah untuk Mengatasi Kemasukan Pembantu Rumah Asing”

Bahagian A (i)
(Masa yang dicadangkan: 40 minit)
(20 markah)


Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, buat satu ringkasan tentang langkah-langkah untuk mengatasi kemasukan pembantu rumah asing. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

            Pembantu rumah asing yang melarikan diri daripada majikan mempunyai niat lain sebelum menjejakkan kaki ke negara ini. Sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu bahawa pembantu rumah asing sebenarnya bukan untuk terus bekerja sebagai amah, sebaliknya mencari peluang yang lebih baik. Golongan pembantu rumah asing seumpama ini dilaporkan terlibat dalam pelbagai kes jenayah berkaitan dengan harta benda dan salah guna permit untuk tujuan lain.
            Kebanyakan pembantu rumah yang terbabit dalam kegiatan tersebut diambil bekerja melalui saluran yang tidak sah. Berikutan itu, kebanyakan majikan enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk pihak polis dan Jabatan Imigresen kerana bimbang akan dikenakan tindakan kerana mengambil pembantu rumah secara haram. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkata, pihaknya mengeluarkan arahan kepada semua pengarah imigresen seluruh negara supaya memantau kes pembantu rumah asing dan bertindak tegas untuk mengatasinya.
            Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengetatkan syarat pengambilan pembantu rumah terutama agensi yang menawarkan perkhidmatan mereka. Jabatan Imigresen misalnya, perlu mempunyai maklumat lengkap berserta gambar setiap pembantu rumah yang diluluskan pengambilannya sebagai rekod. Setiap pembantu rumah yang dibatalkan permitnya akibat terbabit dengan kesalahan jenayah, akan disenaraikan gambarnya di Jabatan Imigresen atau dimasukkan ke dalam fail khas untuk tindakan selanjutnya.
            Agensi pembantu rumah asing juga perlu bertanggungjawab dalam menyediakan pelbagai latihan asas termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan masyarakat setempat supaya pembantu rumah memahami suasana persekitaran tempat mereka bekerja. Latihan seminggu atau tiga hari tidak mencukupi. Selain itu, perjanjian antara majikan, agensi dan pembantu rumah asing patut dibuat untuk mengelakkan sebarang masalah.
            Fenomena ini mencerminkan wujudnya ketidaksefahaman antara pembantu rumah asing dengan pihak ketiga, iaitu agensi di negara ini atau agensi di negara asal pembantu rumah tersebut. Faktor lain yang menyebabkan mereka melarikan diri termasuklah didera secara fizikal dan mental serta tertarik dengan tawaran kerja atau gaji yang lebih baik.

(Diubahsuai daripada Profesionalisme Isu Pembantu Rumah,
Dewan Masyarakat,
Disember 2005)


Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata wujudnya ketidaksefahaman?                          
(2 markah)

2. Nyatakan dua faktor yang menyebabkan pembantu rumah asing melarikan diri?
(4 markah)

3. Pada pendapat anda, apakah kesan kemasukan pembantu rumah asing secara haram terhadap   
    masyarakat dan negara ?                                                                                         
 (4 markah)

Tuesday, March 4, 2014

Karangan Berpandu Menengah Rendah

Kepentingan Keperluan Asas dalam Kehidupan Seharian

Keperluan asas amat penting untuk kita meneruskan kehidupan seharian kita. Salah satu daripada keperluan asas ialah makanan. Keperluan asas yang lainnya ialah tempat kediaman, pakaian dan minuman. Adakah kita sanggup hidup hanya berbantalkan batu dan berbumbungkan langit? Tepuk dada, tanyalah minda.


          Perkara dominan dalam hal ini ialah tempat kediaman. Kita memerlukan tempat tinggal untuk meneruskan hidup. Contohnya, rumah. Kita memerlukan rumah untuk mengelakkan diri daripada diserang oleh haiwan-haiwan liar yang terbiar seperti anjing liar yang mencari makan di tempat-tempat pembuangan sampah. Dengan ini, rumah merupakan keperluan asas dalam hidup kita. 

Isi 2 - makanan dan minuman
 

Isi 3 - pakaian
 
     Konklusinya, kita semua di bumi ini memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Semua pihak harus berganding bahu dalam menyediakan keperluan asas yang terbaik bagi semua hidupan di muka bumi ini. Oleh itu, negara kita akan aman dan damai tanpa sebarang kekurangan dalam kehidupan. 


Sunday, January 26, 2014

Lagu Lebih Indah - Latihan Tatabahasa

Lebih Indah
Nyanyian : Dato’ Siti Nurhaliza

Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jua cita
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama
Purnama jingga
Cantiknya.. di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam tak menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding - dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jua cita
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana

Di sekelilingmu ada dinding - dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jua cita
Kau harunginya
Mengharunginya

Latihan :
i)  Cari maksud bait-bait lagu ini.
ii) Apakah halangan dan rintangan yang dihadapi oleh remaja hari ini?
iii)Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja hari ini boleh berdepan dengan dunia yang serba mencabar ini?
iv) Nyatakan sebab remaja hari ini terdedah kepada anasir-anasir kurang sihat dan akibatnya kepada remaja itu sendiri. Jawapan anda perlu dalam bentuk Peta Pelbagai Alir.

Selamat Mencuba!!!


Thursday, December 5, 2013

Jom cuba!

Lihat animasi di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang manfaat hobi kepada seseorang. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.




Selamat mencuba!

Monday, October 14, 2013

Jom buat latihan ringkasan.

BahagianA (i) : Ringkasan
(20 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut  tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan pelancongan di Malaysia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Industri pelancongan di Malaysia didapati mempunyai potensi besar dan mampu menjadi satu sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Hal ini demikian berdasarkan alam semula jadi dan banyak lagi daya tarikan lain yang terdapat  di negara kita. Setelah pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan, kini industi pelancongan berkembang maju dan merupakan sumber pendapatan kedua terbesar di negara kita.

Pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia akan memberikan pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak. Pelancongan merupakan salah satu industri yang memerlukan ramai tenaga kerja. Hal ini memperlihatkan bahawa sektor pelancongan akan membuka banyak peluang pekerjaan. Selain itu, perkembangan industri pelancongan akan meningkatkan  permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman dalam industri ini di peringkat pengurusan dan penyeliaan. Golongan pekerja mahir dan separa mahir akan mendapat peluang untuk berkerja dalam sektor ini.

Sektor pelancongan akan menarik lebih banyak pelabur asing. Kegiatan pelancongan yang aktif akan memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di negara ini. Bidang pelancongan yang berkembang pesat juga akan membuka peluang pemiagaan yang luas kepada rakyat tempatan. Melalui pelancongan akan wujudlah pemiagaan berbentuk penginapan mahupun pengangkutan, perniagaan makanan, hasil kraf, perniagaan di pusat-pusat beli-belah dan sebagainya. Industri pelancongan juga akan membolehkan Malaysia mempromosi produk tempatan agar dikenali ke serata dunia. Produk keluaran tempatan seperti hasil kraf, makanan ringan daripada industri kecil dan sederhana(IKS) dan pelbagai lagi akan terkenal di peringkat  antarabangsa melalui pelancong yang berkunjung ke negara ini.

Jelaslah bahawa industri pelancongan sememangnya satu industri yang  penting dalam menjana ekonomi negara baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang. Usaha yang padu antara semua pihak termasuklah masyarakat amatlah diperlukan kerana industri ini mampu memberi pulangan yang besar kepada pembangunan ekonomi individu, keluarga, rakyat dan negara.

(dipetik dan diubahsuai daripada
Dewan Siswa April 2007)
BahagianA (ii) - pemahaman
(10 markah)

Berdasarkan petikan di bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
  1. Nyatakan maksud rangkai kata penggerak utama? (2 markah)

  1. Apakah jenis pemiagaan yang akan wujud dengan berkembangnya sektor pelancongan di negara kita? (4 markah)
  1. Sebagai rakyat Malaysia, apakah sumbangan yang boleh anda berikan untuk membantu industri pelancongan negara? (4 markah)
Jawapan :
Industri pelancongan di Malaysia didapati mempunyai potensi besar dan mampu menjadi satu sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Hal ini demikian berdasarkan alam semula jadi dan banyak lagi daya tarikan lain yang terdapat  di negara kita. Setelah pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan, kini industi pelancongan berkembang maju dan merupakan sumber pendapatan kedua terbesar di negara kita.

Pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia akan memberikan pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak. Pelancongan merupakan salah satu industri yang memerlukan ramai tenaga kerja. Hal ini memperlihatkan bahawa sektor pelancongan akan membuka banyak peluang pekerjaan. Selain itu, perkembangan industri pelancongan akan meningkatkan  permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman dalam industri ini di peringkat pengurusan dan penyeliaan. Golongan pekerja mahir dan separa mahir akan mendapat peluang untuk berkerja dalam sektor ini.

Sektor pelancongan akan menarik lebih banyak pelabur asing. Kegiatan pelancongan yang aktif akan memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di negara ini. Bidang pelancongan yang berkembang pesat juga akan membuka peluang pemiagaan yang luas kepada rakyat tempatan. Melalui pelancongan akan wujudlah perniagaan berbentuk penginapan mahupun pengangkutan, perniagaan makanan, hasil kraf, perniagaan di pusat-pusat beli-belah dan sebagainya. Industri pelancongan juga akan membolehkan Malaysia mempromosi produk tempatan agar dikenali ke serata dunia. Produk keluaran tempatan seperti hasil kraf, makanan ringan daripada industri kecil dan sederhana(IKS) dan pelbagai lagi akan terkenal di peringkat  antarabangsa melalui pelancong yang berkunjung ke negara ini.
Jelaslah bahawa industri pelancongan sememangnya satu industri yang  penting dalam menjana ekonomi negara baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang. Usaha yang padu antara semua pihak termasuklah masyarakat amatlah diperlukan kerana industri ini mampu memberi pulangan yang besar kepada pembangunan ekonomi individu, keluarga, rakyat dan negara.


Kepentingan pelancongan di Malaysia

  1. Menjadi satu sumber ekonomi baharu yang menguntungkan.
  2. Merupakan sumber pendapatan kedua terbesar negara.
  3. Menjadi penggerak utama tukaran wang asing.
  4. Membuka peluang pekerjaan.
  5. Meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman.
  6. Golongan pekerja mahir dan separa mahir juga akan mendapat peluang untuk bekerja.
  7. Menarik lebih banyak pelabur asing.
  8. Membuka peluang peniagaan yang luas kepada rakyat tempatan.
  9. Membolehkan Malaysia mempromosikan produk tempatan.


BAHAGIAN A (ii). PEMAHAMAN

l. Maksud rangkai kata penggerak utama ialah sumber/faktor penting. (2 markah)

2.…perniagaan berbentuk perkhidmatan penginapan mahupun pengangkutan (2markah)                                                                        
… perniagaan makanan (2 markah)
…pemiagaan  hasil kraf (2 markah)
…pemiagaan pusat-pusat beli-belah (2 markah)

3.  … melancong dalam Negara/tidak melancong ke luar negara (2 markah)
     …menjadi rakyat Malaysia yang berbudi bahasa untuk memberi keselesaan kepada  pelancong    (2 markah)
    …menjaga kebersihan alam sekitar (2 markah)



Karangan Contoh : Usaha Memperkenal dan Mempopular Budaya Kita

Karangan Lengkap Usaha memperkenalkan dan mempopularkan seni dan budaya kita

Negara semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia pula semakin hari semakin bijak. Dalam pada itu, seni dan budaya negara kita semakin dipandang sepi. Isu ini sering terpampang di dada-dada akhbar dan terdengar di corong-corong radio. Isu ini juga sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat kita. Apakah yang harus kita lakukan untuk memperkenalkan dan mempopularkan seni dan budaya kita? Hakikatnya, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan.

Usaha yang utama dalam hal ini ialah peranan daripada pihak kerajaan. Pihak kerajaan bolehlah menggalakkan orang ramai untuk menampalkan iklan-iklan atau poster-poster pada bangunan-bangunan, bas-bas awam ataupun teksi-teksi untuk mempromosikan seni dan budaya yang terdapat di negara kita. Dengan cara ini, seni dan budaya kita akan dikenali oleh pelancong-pelancong yang datang ke negara kita.
Selain itu, pihak sekolah bolehlah memainkan peranan dalam hal ini. Pihak sekolah boleh mengadakan hari terbuka yang memasukkan program pertukaran pelajar antara negara. Contohnya, sebilangan pelajar terpilih dari negara kita akan ke luar negara dan sebilangan pelajar dari luar negara berkunjung ke negara kita. Jadi jelaslah di sini bahawa dengan cara ini seni dan budaya negara kita akan dipromosikan.

Seterusnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti tahun melawat Malaysia. Dalam aktiviti ini, kita akan mempromosikan seni dan budaya yang terdapat di negara kita. Contohnya, seni tari, pakaian dan makanan. Mereka yang berkunjung ke aktiviti ini akan mengenali seni dan budaya Malaysia. Jadi jelaslah di sini bahawa aktiviti tahun melawat Malaysia akan dapat mempromosi negara kita.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam memperkenalkan dan mempromosikan negara kita di luar negara. Bak kata peribahasa, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Dengan kerjasama yang ditunjukkan sekali gus dapat memperkenalkan dan mempopularkan seni dan budaya Malaysia ke arena antarabangsa. Nama negara kita akan terkenal di seantero dunia. Oleh itu, rakyat negara kita akan terus dapat mengekalkan seni dan budaya tradisi yang terpelihara sejak dari dulu lagi.

Latihan mengembangkan isi (2 isi)
-   Kita bolehlah menggunakan artis-artis tersohor tanah air untuk mendendangkan lagu yang mempunyai unsur-unsur seni dan budaya yang terdapat di Malaysia.
-    Kita juga boleh menggalakkan orang ramai menyertai kempen-kempen dan ceramah yang mempromosikan seni dan budaya yang terdapat di tanah air kita. 

Sunday, October 13, 2013

Mari Berlatih Menulis Karangan - Contoh Karangan Pendapat

Karangan Pendapat – ‘Langkah-langkah Menyemai Budaya Membaca dalam Kalangan Kanak-kanak di Negara Kita’

          Negara semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia pula semakin hari semakin bijak. Dalam era pascamerdeka ini, budaya belajar sendiri semakin dipandang sepi dalam kalangan masyarakat kita. Isu ini sering menjadi bualan hangat. Persoalannya,  adakah kita sanggup hidup tanpa ilmu? Tepuk dada, tanyalah minda. Apakah cara-cara belajar yang berkesan?

          Perkara dominan dalam hal ini ialah peranan diri sendiri. Diri sendiri boleh menyediakan jadual belajar yang berkesan di rumah. Contohnya, jadual belajar yang dibuat mempunyai masa main dan masa belajar serta masa tidur yang sistematik. Jika kita dapat menguruskan masa kita dengan baik, pengurusan diri kita akan teratur. Bak kata peribahasa, masa itu emas. Jadi, janganlah kita bazirkan masa yang ada dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Rancanglah masa kita untuk kita menikmati hidup dengan sebaik-baiknya.  

Isi 2

Isi 3

Isi 4
           
          Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dalam menyemaikan budaya belajar sendiri ini dalam diri kita. Bak kata peribahasa, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, rakyat di negara kita akan hidup dalam suasana aman dan harmoni.  

Mari mengembangkan isi 2, isi 3 dan isi 4
Selamat Mencuba
Semoga Kecemerlangan Milik Anda


Saturday, October 12, 2013

Jom Kongsi Ejaan Salah dan Betul

Kesalahan Penggunaan Kata

Salah
Betul
kelinik
klinik
goreng pisang
pisang goreng
perabut
perabot
kampong
kampung
pelancung
pelancong
tulin
tulen
talipon
telefon
masok
masuk
Minibas
Bas mini
Ajenda
Agenda
Patriotisma
Patriotisme
Teknoloji
Teknologi
Profession
Profesion
Television
Televisyen
Bekerja
Bekerja
e-mail
e-mel
Berlajar
Belajar

Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
 
Salah
Betul
Para-para pelajar
Para pelajar
Mereka-mereka
Mereka
Semua penduduk-penduduk
Semua penduduk
Setengah-tengah
Sesetengah / Setengah-setengah
Berpuluh-puluh orang-orang
Berpuluh-puluh orang
Tiap-tiap pekerja-pekerja
Tiap-tiap pekerja/ Setiap pekerja
Sepuluh buah sekolah-sekolah
Sepuluh buah sekolah
Setiap peserta-peserta
Setiap peserta
Pelbagai buku-buku
Pelbagai buku
Baju-baju di kedai itu cantik-cantik.
Baju di kedai itu cantik-cantik.
Tiap
Tiap-tiap / Setiap
Berbagai
Berbagai-bagai

Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan pada, ke dan kepada
(Awang Sariyan, 1980:14).
 
Kata Sendi Nama
Penggunaan
dari
tempat, masa
daripada
perbandingan, asal kejadian
di
tempat
pada
masa, orang, benda abstrak
ke
tempat, masa
kepada
benda bernyawa, benda abstrak

 Contoh penggunaannya:
 
Salah
Betul
 Dia berasal daripada Pulau Pinang.
 Dia berasal dari Pulau Pinang.
 Surat itu dari pengetua.
 Surat itu daripada pengetua.
 Meja itu dibuat dari kayu.
 Meja itu dibuat daripada kayu.
 Di masa depan
 Pada masa depan
 Di zaman teknologi maklumat
 Pada zaman teknologi maklumat
 Di hari ini
 Pada hari ini
 Diserahkan ke Siti.
 Diserahkan kepada Siti
 Dilontar ke Ali
 Dilontar kepada Ali
 Oleh kerana
 Oleh sebab
 Suka manggis
 Suka akan manggis
 Balik Pahang
 Balik ke Pahang
 Pergi perpustakaan
 Pergi ke perpustakaan
 Suka gadis itu
 Suka kepada gadis itu

Susunan kata (Hukum D-M) Diterangkan dan Menerangkan
 
Salah
Betul
Dr. Mariam Klinik
Klinik Dr. Mariam
Medan Restoran
Restoran Medan
Cili sos
Sos cili
Mini bas
Bas mini
Goreng pisang
Pisang goreng
Lain-lain hal
Hal-hal lain
Lain-lain perkara
Perkara-perkara lain

Kesalahan Penggunaan Imbuhan
 
Salah
Betul
kebanyakkan
kebanyakan
mengalakan
menggalakkan
menggosokan
menggosokkan
menaikan
menaikkan

 Akhiran 'kan' dan ' i '
 
Salah
Betul
menghadiahkan ibu
menghadiahi ibu
mengurniakan beliau
mengurnai beliau
menganugerahkannya ilmu
menganugerahinya
mengirimkan saya surat
mengirimi saya surat
mengirimkan surat kepada saya

 Kesalahan Penggunaan Kata Penguat
 
Penguat hadapan
agak, begitu, paling, terlalu
Penguat belakang
benar, betul, nian, sekali
Penguat bebas
amat, sangat, sungguh

Kesalahan Penggunaan Tatabahasa
 
Salah
Betul
menceritakan tentang
(i) menceritakan
(ii) bercerita tentang

 Kesalahan Penggunaan Ayat Aktif dan Ayat Pasif
 
Subjek
Pelaku
Predikat (Kata kerja)
Daerah itu
saya
kamu
kunjungi

 Ayat itu tidak boleh diucap sebagai
 Daerah itu saya mengunjungi. (Salah)
 Daerah itu dikunjungi oleh saya. (Salah)

 Pelaku pertama dan kedua.
 Ayat  - Subjek + Predikat

 Jika kita ingin menggunakan kata bantu atau kata lain, kata itu hendaklah disisipkan sebelum pelaku.  
 (Awang Sariyan, 1989:12)


 a) Daerah itu saya belum kunjungi. (Salah)
 b) Daerah itu belum saya kunjungi. (Betul)

 Pelaku ketiga.
 

Subjek
Predikat

kata kerja
sendi
pelaku
Daerah itu
dikunjungi
oleh
mereka

    a) Daerah itu mereka kunjungi. (Salah)
    b) Daerah itu dikunjungi oleh mereka. (Betul)