Penulisan
Karangan Bahagian B kertas 1 yang berkesan (SPM)
Soalan :
Anda sebagai pihak polis di sebuah daerah telah dijemput
untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Kerjasama masyarakat dalam mengatasi
masalah jenayah setempat” sempena dengan Hari Keluarga di kawasan perumahan.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
Pengenalan
:
-
Nyatakan Isu yang dibincangkan
-
Ayat terakhir mesti nyatakan kehendak soalan
-
Contoh :
-
Negara semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia
pula semakin hari semakin bijak. Namun, masalah
jenayah setempat (ISU)semakin
menjadi-jadi di negara kita. Isu ini semakin hari semakin membimbangkan. Isu
ini juga merebak bagai virus epidemik yang tiada penawarnya. Contoh jenayah
setempat yang kian parah ialah meragut, merompak, pecah rumah dan banyak lagi.
Siapakah yang harus disalahkan? Janganlah kita sering menuding jari antara satu
sama lain. Sebaliknya, kita harus
bersinergi (KEHENDAK SOALAN)
dalam mengekang isu ini sehingga ke akar umbinya.
Isi :
-
Huraikan kepada :
I + H1 +
H2 + C + HC + Pn + *PrB
-
Contoh
-
(ISI (I))
-
Langkah/Faktor dominan dalam hal ini ialah diri sendiri
perlu memainkan peranan yang penting.
-
(HURAIAN (H1))
-
(siapa diri sendiri?) Ini bermaksud
kita termasuk dalam kalangan masyarakat. (Apa yang
kita boleh buat?) Kita boleh menjalinkan hubungan yang mesra sesama
jiran.
-
(HURAIAN (H2))
-
(Mengapa?) Hal ini demikian
kerana kemesraan sesama jiran boleh mewujudkan suasana yang harmoni sekali gus
dapat mengelakkan janayah yang semakin parah.
-
(CONTOH
(C))
-
Sebagai contoh, jiran tetangga harus cakna pergerakan
anak-anak jirannya.
-
(HURAIAN
CONTOH (HC))
-
Hal ini sedikit-sebanyak dapat membantu jiran dalam
mengatasi masalah-masalah yang wujud dewasa ini.
-
(PENEGASAN
(Pn))
-
Akhir kalam, masyarakat umum hendaklah prihatin dan
memainkan peranan baik dalam menangani masalah ini.
-
(PERIBAHASA
PrB))
-
Bak kata peribahasa, Bersatu teguh, bercerai roboh.
Penutup :
-
Mesti ada cadangan dan harapan.
-
Mesti dicantikkan dengan kata hikmat yang menarik.
-
Contoh :
-
Konklusinya, bersamalah kita memerangi jenayah setempat
hingga ke akar umbinya. Semua pihak hendaklah berganding bahu dalam menangani
kekangan ini (CADANGAN). Bak
kata pepatah, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Janganlah berputus asa
kerana tiada gunung tidak dapat didaki, tiada lurah tidak dapat dituruni (UNGKAPAN MENARIK). Natijahnya,
gejala sosial dalam kalangan masyarakat dapat dibendung sekali gus dapat
mencapai hasrat umarak negara untuk mencapai Wawasan Perdana 2020, iaitu
Malaysia menjadi sebuah negara maju, aman dan damai (HARAPAN).
No comments:
Post a Comment