Tajuk Novel : Sukar Membawa
Tuah
(M.Z ERLYSHA)
Sinopsis
|
BAB 1 : Inilah Dunia Kami
Novel ini mengisahkan
kehidupan penghuni beberapa desa terpencil di kaki Bukit Lokan. Bukit Lokan
kelihatan berbalam-balam dan dipercayai telah wujud ribuan tahun lamanya
menjadi leluhur beberapa masyarakat kaum asli yang mencari rezeki di hutan
Bukit Lokan. Kampung Bakai terletak di kaki bukit ini. Rata-rata penduduknya
berketurunan Jahut. Kampung kecil ini mempunyai 25 buah keluarga. Antaranya
ialah keluarga Pak Katan.Isterinya bernama Mak Tawi dan anak sulungnya bernama
Adit. Kehidupan masyarakat di sini masih mengekalkan cara hidup tradisi.
Pekerjaan Pak Katan ialah memungut hasil hutan. Pak Katan banyak dibantu oleh
anaknya lelakinya, Adit yang mahir dalam memasang belat ikan dan hasil yang
diperolehi akan dijual untuk mendapatkan duit untuk membeli keperluan harian
lain.
BAB 2 : Rutin Harian Adit
Bermula
Kehidupan Adit tidak
seperti kanak-kanak yang lain. Dunianya hanya hutan. Dia hanya berkaki ayam
kerana tapak kakinya lebih keras daripada tapak kasut. Onak dan duri yang
dipijak tidak langsung memberi sebarang kesan kepada kakinya. Ayahnya Pak Katan
biarpun sudah dimamah usia namun tenaganya masih kuat.Betisnya yang timbul
dengan urat-urat lincah melangkah. Hal ini menunjukkan bahawa dia telah biasa
melakukan kerja-kerja berat sejak muda lagi.
Kehidupan mereka terlalu miskin ibarat kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Mereka menukar rotan dengan barang keperluan dan hal ini
menyebabkan Adit sendiri jarang melihat wang. Masyarakat orang asli di kawasan
itu sebenarnya telah dieksploitasi oleh tauke dari bandar.Walaupun usia Adit
kini hampir sebelas tahun namun dia tidak pernah bersekolah. Tenaga mudanya
digunakan untuk melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang dewasa.
Semua kanak-kanak orang asli yang sebaya dengannya telah biasa dengan kerja
berat ini. Suatu hari Adit bertanyakan satu soalan kepada Pak Katan, apakah
nasib mereka sekiranya hasil hutan semakian berkurangan. Pertanyaan Adit
membuatkan Pak Katan terkedu.Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan anaknya
itu.Sebenarnya Adit teringin bersekolah seperti Akeh. Dia cuba memberitahu
tentang hasratnya itu kepada ayahnya tetapi masih belum berkesempatan.
BAB 3 : Impian Adit
Adit menjalankan tugasnya
seperti biasa iaitu memungut hasil hutan seperti damar. Pak Katan yang berjaya
mengumpul gulungan rotan manar yang bermutu tinggi kemudian memanggil anaknya. Mereka berehat
dan menikmati bekalan yang dibawa. Setelah kembali bertenaga Pak Katan dan Adit
bergerak keluar dari hutan untuk pulang. Mereka membina sebuah rakit yang akan
digunakan untuk menghilir sungai membawa hasil kutipan menuju ke kampung. Hasil
hutan tersebut akan dibeli oleh tauke Cina yang membekalkan barang keperluan
seperti beras, gula dan garam. Pak Katan turut memesan beberapa tin sardin kerana
Adit gemar makan nasi berlaukkan ikan sardin. Semasa berakit menghilir arus
sungai, Adit memberitahu tentang hasratnya untuk bersekolah kepada ayahnya.
Namun Adit merasa kecewa kerana ayahnya tidak bersetuju. Pak Katan dengan
perasaan marah menyatakan tidak pernah ada dalam keturunan mereka yang belajar
di sekolah. Hasil hutan sudah cukup untuk menampung hidup mereka. Sebagai anak
lelaki sulung, Pak Katan amat mengharapkan bantuan Adit mencari rezeki dan Adit
sepatutnya mewarisi pekerjaan beliau. Adit sebaliknya mempunyai cita-cita
tersendiri iaitu ingin belajar agar dapat mengubah nasib kehidupan keluarga dan
kaum mereka. Adit mendesak bapanya menguruskan kemasukan beliau ke sekolah
tetapi Pak Katan tetap mempertahankan keputusannya. Pak Katan dan Mak Tawi mula
menyedari perubahan Adit dan tertanya-tanya apakah puncanya. Adit teringat
kembali penerangan yang diberikan oleh seorang pegawai penerangan tentang
pentingnya mengejar ilmu pengetahuan. Walaupun Adit masih mentah,dia mempunyai
keinginan mendedahkan dirinya dengan dunia luar. Lamunannya terhenti apabila
ditegur oleh ibunya, Mak Tawi. Mak Tawi sama sekali tidak bersetuju dengan
keinginan Adit yang ingin bersekolah. Beliau bimbang Adit akan menjadi mangsa
keadaan dunia di luar yang penuh dengan pancaroba.
BAB 4 : Dugaan untuk Adit
Adit tetap meneruskan
kerja-kerja yang menjadi rutinnya iaitu menangkap ikan. Menjelang petang Adit
pulang ke rumah dengan hasil tangkapan untuk dimasak oleh ibunya. Pak Katan
memanggil Adit dan menerangkan bahawa beliau telah pergi ke pekan untuk
menguruskan pendaftaran Adit di sekolah. Pihak sekolah bersetuju menerima Adit
tetapi tidak dapat menyediakan tempat di asrama kerana sudah penuh. Adit merasa
sangat gembira dengan berita tersebut dan beliau tidak kisah walaupun terpaksa
tidur di atas lantai. Adit kecewa lagi apabila Pak Katan menyuruh beliau
bersabar dahulu. Adit berasa tidak bersemangat lagi untuk ke sekolah kerana
terlalu banyak halangan yang menyekat keinginannya. Akhirnya Adit meninggalkan
ayahnya dengan langkah longlai menuju ke tebing sungai untuk meredakan
perasaannya yang tertekan. Tiba-tiba kedengaran namanya dipanggil dari arah
belakang dan apabila Adit menoleh kea rah
suara itu, kelihatan kawannya Tijah sedang menuju ke arahnya. Tijah merupakan
anak gadis Tok Batin dan merupakan satu-satunya kawan perempuan Adit. Tijah
bertanya mengapa Adit berada seorang diri di tepi sungai itu. Lantas Adit
memberi jawapan ringkas, beliau hendak tenangkan fikiran. Tijah kemudian
menasihati Adit agar meluahkan masalah yang dihadapi oleh Adit. Adit
menerangkan perkara sebenar kepada Tijah iaitu beliau terpaksa menunggu lagi
untuk ke sekolah kerana tempat di asrama sudah penuh. Tijah berasa kagum dengan
Adit yang mempunyai cita-cita untuk belajar dan Tijah sentiasa memberi sokongan
yang padu kepada Adit. Namun Adit tetap berada dalam keadaan tertekan kerana
masih tidak dapat pergi ke sekolah.
BAB 5 : Riak Ceria Buat Adit
Seekor rusa dara yang patah
kakinya telah terperangkap di bawah rumah Pak Kantan. Pak Kantan dan Adit
bertungkus lumus menangkap rusa malang itu kerana rusa itu merupakan rezeki
untuk mereka sekeluarga. Pak Kantan bercadang untuk menjual rusa itu kepada
seorang lelaki Cina bernama Ah Tong. Ah Tong bersetuju membeli rusa tersebut
dengan harga RM600. Ah Tong menghampiri Adit dan bertanyakan perkembangan Adit
yang hendak bersekolah. Adit hanya menggelengkan kepalanya. Pak Katan
memberitahu Ah Tong niat Adit untuk ke sekolah terpaksa ditangguhkan dahulu
kerana tempat di asrama sudah penuh. Ah
Tong yang turut bersimpati dengan nasih yang menimpa Adit kemudian menawarkan
diri untuk membantu Adit ke sekolah. Ah Tong mencadangkan Adit menumpang
kenderaannya yang setiap pagi pergi ke pekan untuk mengambil minyak dan semasa
balik dari sekolah, Adit bolehlah menumpang lori balak. Mendengar kata-kata Ah
Tong itu, Adit terus menyatakan kesanggupannya asalkan beliau dapat ke sekolah.
Adit amat berterima kasih dan amat terharu dengan keikhlasan Ah Tong.
BAB 6 : Adit Mula ke Sekolah
Pak Katan membawa Adit ke
sekolah untuk mendaftar dan membeli keperluan serta peralatan sekolah. Adit
berasa sangat gembira kerana impiannya ke sekolah tercapai kini. Apabila sampai
di rumah Adit terus ke rumah Tijah dan terus menceritakan kepada Tijah apa yang
telah berlaku. Adit kemudian melangkah pulang ke rumahnya. Adit kemudian
mencuba pakaian sekolahnya sambil diperhatikan ayahnya. Selepas menukar
pakaiannya, Adit pergi ke sungai untuk mengangkat belatnya dan kemudian terus
pulang ke rumah. Selepas makan malam, Pak Katan mengambil kesempatan memberikan
nasihat kepada Adit agar pandai
berdikari semasa di sekolah. Adit mendengar nasihat ayahnya dan berjanji untuk
menjaga diri dan tidak menimbulkan sebarang masalah semasa di sekolah.
BAB 7 : Hari Pertama ke Sekolah
Pagi ini merupakan hari
pertama persekolahan Adit. Awal-awal pagi lagi Adit telah bersiap dan menunggu
Ah Tong menjemputnya. Semasa dalam perjalanan dengan jip, Adit tertidur.
Setelah dua jam perjalanan, jip yang dipandu oleh Ah Tong tiba di pekan. Ah
Tong menghantar Adit ke sekolah. Pengawal yang bertugas segera membuka pintu
pagar dan mempelawa Adit makan bersamanya sambil berbual-bual.Beliau amat
mengkagumi Adit kerana semangat dan kesungguhannya. Adit memberitahu bahawa
Akeh merupakan kawan sekampungnya. Sebaik sahaja loceng berbunyi, semua pelajar
beratur dan mereka menyedari kehadiran Adit. Mereka menghormati Adit dan
memanggil Adit sebagai abang. Oleh kerana Adit agak ketinggalan dalam
pelajaran, guru-guru yang mengajar terpaksa memberikan lebih perhatian kepada
Adit. Selepas loceng dibunyikan, semua pelajar bersiap sedia untuk pulang. Adit
menaiki lori balak yang dipandu oleh Pak cik Atan. Walaupun Adit melalui
pelbagai rintangan namun beliau gigih belajar dan hal ini telah menggembirakan
guru-gurunya. Adit berharap suatui hari nanti dia dapat menetap di asrama
sekolah itu.
BAB 8 :Dugaan Terus Menimpa
Tanpa disedari, sudah
hamper dua bulan Adit bersekolah dan dalam tempoh itu Adit tidak pernah sekali
pun tidak hadir ke sekolah. Pagi itu Adit bergegas ke sekolah tanpa sempat
menjamah sarapannya. Mak Tawi memerhatikan pemergian Adit ke sekolah dengan
hati yang berdebar-debar. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak baik
akan berlaku. Walaupun hari menjelang petang, namun kelibat Adit masih belum
muncul dan hal ini menambahkan lagi kebimbangan Mak Tawi. Apabila melihat Pak
Katan, Mak Tawi terus memberitahu bahawa Adit masih belum pulang. Pak Katan
melangkah laju ke rumah Tok Batin dan memberitahu bahawa Adit masih belum
pulang dari sekolah. Pak Katan kemudian diarah oleh Tok Batin pergi meminta
bantuan pekerja balak untuk mencari Adit dan Ah Tong.Akhirnya mereka menjumpai
Adit dan Ah Tong yang jatuh ke dalam gaung sedalam enam meter. Adit Berjaya
diselamatkan malangnya Ah Tong telah mati. Walaupun Adit mengalami kecederaan
namun Pak Katan berasa lega kerana anaknya telah ditemui.Adit telah dibawa ke
hospital untuk dirawat.
BAB 9 : Mendung Berarak Pergi
Adit dibenarkan pulang ke
rumah setelah terlantar lebih kurang dua bulan terlantar di hospital. Kaki Adit
telah menjadi tempang akibat kemalangan yang menimpanya. Namun itu semua
langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus bersekolah. Keadaan Adit
telah mendapat perhatian pihak sekolah dan telah diajukan kepada pihak Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli. Akhirnya Adit telah diberi tempat di asrama. Pak Katan
dan Mak Tawi berasa begitu gembira dan mereka membeli barang keperluan Adit
untuk tinggal di asrama. Adit telah berjaya mendapat tempat pertama di dalam
kelasnya dan ini membuktikan kemampuannya dalam pelajaran. Keperitan hidup
selama ini telah menjadi pembakar semangatnya dan tidak akan melupakan
pengalaman itu. Adit mahu semua kawan-kawannya mendapat peluang pendidikan
sewajarnya. Dalam peperiksaan UPSR Adit telah Berjaya mendapat 3A namun beliau
menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana memikirkan keadaan ibu dan
bapanya. Baginya bersekolah di mana-mana pun sama sahaja. Kejayaan Adit dan
Akeh telah membuktikan bahawa hidup dengan ilmu adalah lebih bermakna. Suku
kaum asli sudah semakin berfikiran ketinggalan zaman.
Tema
Kegigihan seorang remaja
masyarakat orang asli berketurunan Jahut dalam usaha untuk menuntut ilmu.
Walaupun dunianya hanya dikelilingi hutan rimba namun Adit bercita-cita tinggi
dan mempunyai keinginan untuk menuntut ilmu. Bagi Adit dengan ilmulah
masyarakat orang asli dapat mengejar kemajuan dan melihat dunia luar. Keinginan
untuk belajar kemudian diluahkan kepada ayahnya iaitu Pak Katan. Namun
cita-cita Adit menemui jalan buntu kerana ayahnya masih berfikiran tertutup.
Adit tetap berusaha memenuhi kehendaknya melanjutkan pelajaran walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Akhirnya Adit berjaya dalam pelajaran
dan hal ini turut membuka mata masyarakat orang asli untuk menuntut ilmu.
Persoalan
|
2.
Usaha untuk mengubah cara hidup melalui pendidikan.
3.
Kesungguhan seorang remaja orang asli yang sanggup menembuh pelbagai rintangan
dalam mengejar
cita-citanya.
4. Corak kehidupan orang asli yang masih ketinggalan
dan mundur dari segi pembangunan.
5. Perlunya keinginan yang tinggi untuk mengubah
cara hidup.
6. Kerjasama dan persefahaman yang tinggi dalam
masyarakat berbilang kaum.
7. Keprihatinan seorang bapa dalam memenuhi
impian anaknya untuk ke sekolah.
8. Ketabahan seorang anak untuk menuntut ilmu
9. Kegigihan penting dalam usaha untuk mencapai
kejayaan.
10.Kejayaan
dapat dicapai melalui disiplin diri dan usaha yang tanpa rasa jemu.
Plot
|
Secara keseluruhannya plot
drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i)
Permulaan
Menceritakan kehidupan
keluarga Pak Katan dari masyarakat orang asli keturunan Jahut yang pekerjaannya
mencari hasil hutan dan menangkap ikan di sungai. Isterinya bernama Mak Tawi
dan anak lelaki sulungnya bernama Adit. Mereka tinggal di Kampung Bakai yang
terletak di Bukit Lokan. Pak Katan banyak dibantu oleh anak lelakinya yang
bernama Adit.
(ii)
Perkembangan
Walaupun Adit berasal dari
masyarakat orang asli namun dia berfikiran terbuka kerana mempunyai kesedaran
betapa pentingnya ilmu. Adit menyatakan hasratnya untuk bersekolah kepada Pak
Katan. Pada awalnya Pak Katan yang masih berfikiran tertutup tidak merestui
niat murni Adit. Namun akhirnya Pak Katan memahami hasrat Adit yang murni itu
lalu berusaha mendaftarkan persekolahan Adit. Adit menghadapi masalah kerana
asrama sekolah tersebut sudah penuh. Demi mencapai cita-citanya Adit sanggup
bersusah payah menumpang jip Ah Tong dan juga lori balak untuk pergi dan balik
dari sekolah.
(iii)
Klimaks
Adit tidak pulang dari
sekolah walaupun hari telah menjelang petang. Mak Tawi dan Pak Katan berasa
sangat bimbang lalu memberitahu Tok Batin perkara tersebut. Penduduk kampong
beramai-ramai mencari Adit.Pak Katan meminta pertolongan dari pekeja balak.
Akhirnya Adit dijumpai dalam keadaan cedera parah dan Ah Tong telah mati
apabila jip yang ditumpanginya terbabas ke dalam gaung sedalam enam meter.
(iv)
Peleraian
Setelah dua bulan terlantar
di katil hospital, akhirnya Adit dapat menyambung persekolahnya dan telah
mendapat tempat di asrama sekolah. Enam tahun kemudian Adit telah berjaya
memperoleh 3A dalam UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Namun Adit
memilih untuk tetap bersekolah di sekolah menengah biasa kerana memikirkan
keadaan ayah dan ibunya. Bagi Adit, bersekolah di mana-mana pun sama saja.Jika
ada kemahuan dan keinginan tentu boleh berjaya.
Watak dan Perwatakan
|
Watak
Utama
Adit
1. Remaja dari keturunan
orang asli suku Jahut
2. Berusia hampir 11 tahun
3. Berkulit hitam dan berbadan kurus
4.Anak sulung Pak Katan dan
Mak Tawi
5. Banyak membantu bapanya
menyara keluarga
6.Mahir dengan selok-belok
hutan
7. Anak yang taat dan mudah
berkawan
8.Sanggup menempuh pelbagai
rintangan bagi mencapai impiannya
9.Kakinya tempang akibat
kemalangan
Watak
Sampingan
Pak
Katan
1. Bapa Adit
2. Keturunan orang asli suku Jahut
3.Bertubuh sasa
4. Mewarisi pekerjaan
turun-temurun
5. Bertanggungjawab dan
penyayang
6. Memahami keinginan
anaknya, iaitu Adit
Mak
Tawi
1. Ibu Adit
2. Seorang ibu yang
penyayang
3. Sentiasa mengambil berat
akan Adit
Ah
Tong
1. Lelaki berbangsa Cina
3. Banyak membantu keluarga
Pak Katan
4.Meninggal dunia akibat
kemalangan
Akeh
1.Kawan sekampung Adit
2.Tinggal di asrama di
pekan
3.Persekolahannya
ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
4.Menjadi pengawas dan
berpakaian kemas
5.Bercita-cita menjadi
jurutera
Tijah
6.Anak gadis Tok Batin
7.Kawan rapat Adit
8.Menyokong cita-cita Adit
Latar
|
Latar
Masa
Pada waktu siang,
pagi, tengah hari, petang malam
Latar
Tempat
Kawasan pedalaman, iaitu
Hutan Bukit Lokan
Di Kampung Bakai
Di rumah Pak Katan dan di
rumah Tok Batin
Di sungai, di pekan dan di
sekolah
Di gaung tempat Aidit
kemalangan
Di hospital
Latar
Masyarakat
Masyarakat orang asli yang
tinggal di sebuah kawasan pedalaman
Masyarakat yang mencari
rezeki dengan mencari hasil-hasil hutan
Masyarakat pembalak yang
menjalankan kerja-kerja pembalakan
Masyarakat yang amat
mengambil berat kebajikan ahli-ahlinya
Masyarakat yang masih
berpegang pada kepercayaan nenek moyang
Teknik Penceritaan
|
Contoh : Kampung Bakai terletak di kaki bukit ini. Rata-rata
penduduknya adalah masyarakat orang asli berketurunan Jahut. Kampung kecil ini
mempunyai 25 buah keluarga.
2. Dialog
Contoh: “Jurutera itu apa?, Adit mengajukan pertanyaan
memintas cerita Akeh.
3. Imbas
Kembali
Contoh: Adit teringatkan cerita-cerita Akeh tentang
sekolahnya. Ia sungguh menyeronokkan.
4. Suspens
Contoh:
Setelah hampir lima jam mereka mencari, tiba-tiba kumpulan yang diketuai oleh
Pak Katan ternampak seperti ada
sesuatu di bawah gaung sedalam enam meter.
Pak Katan bergegas menuruni gaung itu untuk melihat dengan lebih dekat
apakah
benda tersebut. Apabila
menghampirinya, darah Pak Katan tersirap. Dia kenal
benar dengan benda itu. Jip Ah
Tong.
5. Monolog
Contoh: “Rupa-rupanya Adit
masih menyimpan banyak rahsia daripada aku,” bisik hati
Tijah…
Gaya Bahasa
1.Simile
Contoh:
hutan bagi mereka ibarat taman permainan, Desakan Adit seolah-olah menghentak
kepalanya
2.Metafora
Contoh:
kepompong tradisi
3.Personifikasi
Contoh:
deruan air sungai menerjah telinga, dimamah usia, pandangannya melewati arus
sungai yang mengalir, hujan terus memuntahkan airnya
4.Sinkope
Contoh:
pak,mak kau,nak,tapi,la,tu,ni,kan
5.Peribahasa
Contoh
: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, kais pagi makan
pagi,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang
Nilai
|
1.Nilai
bertanggungjawab ada pada Pak Katan kerana selaku ketua keluarga beliau
menjalankan tanggungjawab mencari rezeki
untuk keluarganya.
2
Nilai kerajinan ada pada Adit kerana beliau tidak pernah sekali pun tidak hadir
ke sekolah.
3
Nilai keberanian ditunjukkan oleh Adit yang langsung tidak merasa takut atau
geli semasa
digigit oleh pacat.
4
Nilai kegigihan ada dalam diri Adit yang sanggup berulang alik dari rumah ke
sekolah
walaupun terpaksa menaiki jip dan lori
balak.
5.Mak
Tawi menunjukkan nilai kasih sayang kepada Adit dengan menyediakan makanan
setiap pagi sebelum dia pergi ke sekolah.
6.Ah
Tong mengamalkan nilai baik hati kerana dia telah mempelawa Adit pergi ke
sekolah
dengan menumpang jipnya pada setiap pagi dan
menumpang lori balak yang dipandu
kawannya semasa pulang dari sekolah.
Pengajaran
|
1.Kita
hendaklah bertanggungjawab menyara dan menjaga keselamatan keluarga .
2.Kita
hendaklah berusaha mengubah keadaan hidup diri,keluarga dan masyarakat kepada
yang lebih baik.
3.Kita
hendaklah tabah dalam menempuh pelbagai kesusahan.
4.Kita
janganlah cepat berputus asa.
5.Kita
hendaklah sanggup berkorban untuk masa depan yang selesa.
6.Kita
hendaklah mengekalkan hidup bermuafakat dalam masyarakat majmuk.
7.Kita
haruslah mementingkan pendidikan kepada anak-anak agar mereka berjaya.
8.Kita
perlulah bersabar dalam menghadapi pelbagai pancaroba kehidupan.
9.Kita
perlulah sentiasa menunjukkan perasaan kasih sayang dan mengambil berat antara
satu
sama lain.
10.Kita
mestilah berfikiran terbuka sekiranya kita inginkan perubahan dalam hidup.
Latihan
|
Teknik
Penceritaan
|
Dialog
Saspens
Pemerian
|
1.Berdasarkan
novel yang anda kaji, huraikan satu contoh bagi setiap teknik penceritaan yang
dinyatakan di atas.
Jawapan:
Contoh teknik dialog ialah dialog antara Adit dan Pak Katan iaitu,”Pak! Tunggu
saya,”jerit Adit memanggil ayahnya.”Cepat sikit Adit.Perjalanan kita masih
jauh,”arah Pak Katan. Contoh bagi teknik saspens pula ialah pembaca
tertanya-tanya apakah yang telah berlaku kepada Adit yang tidak pulang-pulang
dari sekolah.Bagi teknik pemerian pula,pengarang memerihalkan suasana di
persekitaran desa terpencil di kaki Bukit Lokan.
2.Berdasarkan
novel “Sukar Membawa Tuah”, nyatakan tiga perwatakan watak utama dan watak sampingan.
Jawapan:
Watak utama di dalam novel ini ialah Adit seorang remaja dari keturunan Jahut.Beliau
merupakan anak sulung Pak Katan dan Mak Tawi.Adit berpandangan jauh walaupun
tinggal di desa yang terpencil.Antara watak sampingan di dalam novel ini ialah
Ah Tong yang berbangsa Cina. Beliau merupakan penyelia di syarikat pembalakan
dan merupakan seorang yang baik hati.Beliau meninggal dunia akibat kemalangan.
...
ReplyDeleteNgape???
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu,
ReplyDeletealangkah lebih baik kalau cikgu bagi contoh kepada persoalan,latar masyarakat dan lain-lain.Huraiannya kalau ada boleh saya gunakan dalam periksa :(