Untuk apa anda perlu ke laman blog ini? Untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu anda kerana ilmu yang sedikit jika dikongsi akan menjadi seluas lautan...
Thursday, October 3, 2013
Tugasan Band 6 (pamplet)
Khas buat anak-anak didik tingkatan 2 yang ingin mencapai Band 6 dalam Bahasa Melayu. Inilah masanya.
Tugasan anda akan memenuhi penyataan evidens di bawah :
B6 DL1 E1
Menilai pelbagai pendapat yang dikemukakan secara rasional.
B6 DB1 E1
Merumuskan maklumat daripada pelbagai bahan yang dibaca.
B6 DB1 E2
Menilai bahan yang dibaca dengan memberikan alasan yang dapat diterima.
Untuk mencapai evidens di atas, anda diminta,
a. memilih satu isu semasa yang dekat dengan anda dalam bentuk artikel atau bahan bacaan lain. Contohnya, buli, lumba haram, vandalisme, alam sekitar, penyakit merbahaya dan banyak lagi. Isu yang dipilih mestilah lain daripada isu rakan anda.
b. membuat penilaian isu tersebut dan menghasilkan satu pamplet untuk dipersembahkan di dalam kelas. Contoh penilaian isu ialah definisi isu, punca, kesan, masalah dan langkah / kebaikan / keburukan.
c. menghasilkan pamplet mengikut kreativiti anda yang terbaik dengan menggunakan microsoft Office Publisher. pamplet anda mestilah mempunyai definisi isu, karangan lengkap (1P, 4I, 1K) dan gambar-gambar yang menarik.
d. rujuk guru anda sekiranya anda mempunyai masalah dalam penghasilan tugasan ini. INGAT, ini tugasan individu! Hasil kerja anda mestilah asli bukannya ciplak. Hasil kerja anda tidak boleh sama dengan rakan anda.
e. mengemailkan tugasan anda untuk disemak sebelum pembentangan di dalam kelas. Anda hanya print satu pamplet sahaja sebagai evidens.
Semoga Kecemerlangan Milik Anda.
Label:
MENENGAH RENDAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment