PERENGGAN
BOMBASTIK
BENTUK
PERENGGAN “PENDAHULUAN”
“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara” izhar menunjukkan gambaran bahawa golongan remaja merupakan khazanah
sumber manusia yang cukup penting kepada pembangunan, kemajuan dan masa depan bangsa dan negara.
Maju dan mundurnya sesebuah negara banyak bergantung kepada modal insan yang
seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini dikatakan
demikian kerana di pundak merekalah
bakal dipikul tanggungjawab berat, iltizam dan amanah yang cukup bermakna untuk
memajukan negara bangsa sekali gus merealisasikan wawasan perdana, Wawasan
2020. Malangnya, penyakit sosial (isu karangan yang diperkatakan)
dalam kalangan remaja semakin serius. Kekangan ini boleh diibaratkan seperti
api dalam sekam. Saban hari, masalah sosial dalam kalangan remaja sering
terpampang di dada-dada akhbar dan terdengar di corong-corong radio dan
televisyen. Fenomena ini amat mendukacitakan semua pihak. Persoalannya,
sanggupkah anda melihat perkara ini terus berleluasa bak kilat yang datang
menyambar? Tepuk dada, tanya selera.
CONTOH AYAT
DALAM PERENGGAN “LANGKAH MENGATASI”
Ada peribahasa menyatakan, tiada
gunung yang tidak dapat didaki dan tiada lurah yang tidak dapat dituruni.
Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya. Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan. Oleh yang demikian, pelbagai langkah drastik dan dominan perlu
direncanakan dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan dinamik untuk memerangi
ancaman dadah (rujuk kepada isu
karangan anda). Hal ini dikatakan demikian kerana jangan dibiar cacing naik
ke mata. Patutkah kita saling menuding jari seperti lagu “Bangau, oh! Bangau”?
Tentunya tidak, bukan? Semua pihak haruslah berganding bahu dalam menangani
masalah ini. Bak kata peribahasa “bersatu kita gagah, bercerai kita rebah”.
Seperti perumpamaan sebatang kayu yang dinyala, unggun api tidak akan dapat
dihidupkan. Tuntasnya, semua pihak janganlah bersikap bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
BENTUK
PERENGGAN ELEMEN PERANAN IBU BAPA
Faktor perdana berlakunya permasalahan
sosial (isu karangan) dalam
kalangan masyarakat ialah sikap kealpaan ibu bapa dalam menyalurkan didikan
kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan individu yang
paling rapat dengan anak-anak yang lahir ke alam buana ini. Seperti perumpamaan
kain putih yang sayugianya dicorakkan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
haruslah bijak mengorak langkah dalam mengatasi masalah ini. Ibu bapa hendaklah
menyalurkan didikan kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Bak kata
peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ironinya, anak-anak tidak
akan melakukan perkara-perkara yang melanggar norma-norma masyarakat dan agama.
Ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama anak-anak agar mereka tidak berasa
terabai bagai melukut di tepi gantang. Di samping itu, ibu bapa hendaklah cakna
terhadap keperluan anak-anak dan menjadi “role model” kepada mereka. Hal ini
demikian kerana ada peribahasa menyatakan ke mana tumpah hujan dari bumbung,
kalau tidak ke cucuran atap. Jika anak-anak persis mutiara yang kerap digilap,
mereka mampu menjadi modal insan acuan Malaysia yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek yang amat diperlukan oleh negara, agama dan
bangsa. Tuntasnya, ibu bapa merupakan individu yang amat berpengaruh dalam
membentuk keperibadian mulia anak-anak serta melahirkan keluarga sakinah.
BENTUK
PERENGGAN ELEMEN PIHAK SEKOLAH
Di samping itu, pihak sekolah juga
memainkan peranan dalam memerangi gejala ini (isu karangan). Seperti yang umum ketahui, sekolah merupakan rumah
kedua bagi generasi muda. Begitu juga dengan semua lapisan masyarakat yang ada
dalam di buana ini, sudah tentu akan melalui institusi persekolahan sebelum
meningkat dewasa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pihak sekolah amat dominan
dalam membentuk sahsiah diri masyarakat umum. Pihak sekolah hendaklah
menitikberatkan nilai-nilai murni dalam pakej proses pengajaran dan
pembelajaran anak didikan mereka. Misalnya, nilai-nilai murni yang diterapkan
melalui mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan KOMSAS. Para
pendidik janganlah memandang enteng terhadap subjek-subjek tersebut.
Sebaliknya, mereka harus menggembleng anak didik dengan penuh dedikasi dan
bersungguh-sungguh bak kata pepatah Melayu genggam bara api, biar sampai jadi
arang. Natijahnya, pihak sekolah akan sukses dalam melahirkan pelajar-pelajar
yang berakhlak mulia dan mempunyai sikap berbudi bahasa yang menebal dalam
sanubari. Dengan itu, sudah tentu anasir-anasir jahat dapat dihapuskan dan
terpadam dalam kamus kehidupan kita. Bukan itu sahaja, para pendidik juga harus
menunjukkan teladan yang baik kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana,
guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Dapat disimpulkan di sini, pihak
sekolah juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah yang rumit ini.
BENTUK
PERENGGAN ELEMEN PIHAK KERAJAAN
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan
juga berperanan dalam menangani permasalahan ini. Pihak kerajaan tidak perlu
berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja. Dalam situasi ini, pihak kerajaan
bolehlah memaksimakan penguatkuasaan undang-undang. Sebagai contoh, pihak
kerajaan boleh bertindak tegas terhadap individu yang melakukan pelanggaran
terhadap undang-undang. Pihak kerajaan janganlah bersikap hangat-hangat tahi
ayam dalam menangani gejala ini. Akibatnya, masyarakat umum akan berani
bertindak liar dalam melibatkan diri dengan gejala sosial. Antara lainnya,
pihak kerajaan bolehlah memanfaatkan pengangkutan awam sebagai platform dalam
mendidik dan menyedarkan masyarakat ke arah fiil positif. Contohnya,
pihak-pihak tertentu bolehlah melekatkan iklan-iklan ataupun cogan kata yang
berunsurkan nasihat dan perkara yang berkaitan dengan impak buruk jika
melibatkan diri dengan gejala sosial. Iklan-iklan dan cogan kata tersebut
bolehlah dilekatkan pada dinding-dinding kenderaan awam seperti bas, LRT dan
monorel. Kesannya, mesej yang hendak disampaikan oleh pihak kerajaan tercapai
sekali gus membantu dalam memerangi gejala sosial dalam kalangan masyarakat.
Jelaslah di sini bahawa pihak kerajaan memainkan peranan dalam membanteras
masalah yang rumit ini.
BENTUK
PERENGGAN ELEMEN MEDIA MASSA
Antara lainnya, pihak media massa
juga bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini. Marcapada menyaksikan pihak
media massa berpaksikan hiburan kerana sikap yang haloba dan menginginkan
keuntungan semata-mata. Dalam membendung kemelut ini (isu karangan) pihak media massa harus
bangkit dan cakna terhadap isu yang mendukacitakan ini. Seperti yang kita sedia
maklum, kebanyakan masyarakat memilih televisyen atau radio sebagai wahana
untuk mengisi masa lapang. Contohnya, sekiranya pihak media massa menyiarkan
iklan atau drama berunsurkan amalan budi bahasa. Sedar atau tidak, amalan budi
bahasa akan terpahat dalam sanubari masyarakat. Sebagai contoh, lagu “Budi
Bahasa Budaya Kita” (lagu yang
berkaitan dengan isu karangan anda) yang didendangkan oleh Dato’ Siti
Nurhaliza yang sering dipaparkan di kaca televisyen. Izharlah bahawa lagu ini
bukan sekadar nyanyian sahaja tetapi intipati dalam lagu tersebut menjadi
amalan rakyat Malaysia. Natijahnya, anak-anak muda akan terpengaruh dan
mengamalkan amalan budi bahasa sekaligus dapat meminimakan bilangan masyarakat
rosak akhlaknya. Tuntasnya, jika pihak media massa memainkan peranannya dengan
baik, sudah pasti masyarakat yang mempunyai sikap berbudi bahasa yang menebal
dalam diri dapat dilahirkan kelak. Janganlah bekerja seperti melepaskan batuh
di tangga dan bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing yang
hanya menginginkan keuntungan semata-mata.
BENTUK
PERENGGAN ELEMEN DIRI SENDIRI
Diri sendiri juga memainkan peranan
penting. Jika individu tersebut lemah keperibadian dan imannya, sudah tentu
mereka mudah terjatuh dan meniti ke lembah kebobrokan. Konotasi dominan dalam
mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan anasir jahat ialah pegangan agama
yang kukuh. Agama amat penting dalam memantapkan pendirian seseorang individu.
Bak kata peribahasa, kapal yang tiada nakhoda akan terumbang-ambing hanyut
dibuai ombak yang bergelora. Peribahasa
tersebut izhar menunjukkan peri pentingnya pegangan agama kepada kita.
Dengan itu, seseorang individu tidak akan mudah terpengaruh dalam melibatkan
diri dengan gejala sosial (isu
karangan anda). Selain itu, seseorang individu hendaklah bijak dalam
memilih rakan sebaya. Janganlah bertindak mengikut gerak hati kerana ikut hati
mati, ikut rasa binasa. Sebaliknya, berhati-hatilah seperti kata
peribahasa, menarik rambut di dalam
tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak ketika memilih rakan
sebaya. Jelaslah di sini, diri sendiri memainkan peranan penting dalam
menangani masalah ini.
BENTUK
PERENGGAN ELEMEN PIHAK MASYARAKAT.
Akhir sekali, masyarakat umum juga
berperanan dalam mengatasi kekangan ini. Masyarakat umum diseru agar tidak
mengamalkan pepatah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
untuk kebaikan diri sendiri, bangsa dan negara. Masyarakat hendaklah peka dan
cakna terhadap isu dan perkara yang berlaku di sekeliling. Contohnya, terjumpa
kelompok generasi muda yang sedang berkhayal dengan dadah. (Berikan contoh bersesuaian dengan isu
karangan). Dalam situasi ini, individu tersebut hendaklah bijak mengorak
langkah dengan melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Implikasinya,
masalah yang rumit ini dapat di atasi dan lenyap dari kamus kehidupan kita.
Kata peribahasa menjaga tepi kain orang selalunya dipandang negatif.
Hakikatnya, jika difikirkan secara positifnya, pepatah ini amat penting dalam
hidup bermasyarakat. Contohnya, jiran tetangga harus cakna pergerakan anak-anak
jirannya. Hal ini sedikit-sebanyak dapat membantu jiran dalam mengatasi
masalah-masalah yang wujud dewasa ini. Akhir kalam, masyarakat umum hendaklah
prihatin dan memainkan peranan baik dalam menangani masalah ini. Bersatu teguh,
bercerai roboh.
BENTUK
PERENGGAN PENUTUP
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah
berganding bahu dalam menangani kekangan ini. Bak kata peribahasa, serumpun
bagai serai, selubang bagai tebu. Janganlah berputus asa kerana tiada gunung
tidak dapat didaki, tiada lurah tidak dapat dituruni. Natijahnya, gejala
sosial dalam kalangan masyarakat (isu
karangan) dapat dibendung sekali gus dapat mencapai hasrat umarak negara
untuk mencapai wawasan perdana 2020, iaitu Malaysia menjadi sebuah negara maju,
aman dan damai.
BENTUK
PERENGGAN PENDAHULUAN
Negara semakin maju.
Pembangunan semakin rancak. Manusia pula semakin hari semakin bijak. Namun,
gejala ini (isu karangan) semakin
menular ke seluruh pelosok buana. Isu ini merebak bagaikan virus epidemik yang
semakin hari semakin membimbangkan dan semakin mendapat perhatian semua pihak,
tidak ketinggalan juga para wartawan yang menginginkan topik hangat. Isu ini
juga meniti dari bibir ke bibir dalam segenap lapisan masyarakat. Saban hari,
isu ini sering terpampang di dada-dada akhbar dan terdengar di corong-corong
radio dan televisyen. Fenomena ini amat mendukacitakan. Siapakah yang harus
dipersalah? Apakah kesannya jika isu ini tidak dibendung? Tepuk dada, tanya
selera.
Izinkan saya print out contoh ini sebagai rujukan saya?
ReplyDeleteok.
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteterima kasih atas informasi yang bombastik ini
ReplyDeleteehhh takdelahhhhh
DeleteMohon dihalalkan ilmu yang dikongsi ini..
ReplyDeleteCakna itu apa
ReplyDeleteBagi pendapat sya, itu persis dengan perkataan "Peka".
Deletearigato rozaimassu
ReplyDeletebolehkah kita menggunakaan ayat persoalan pada perenggan penutup karangan???
ReplyDeleteSetahu saya tidak boleh Sbb pada perenggan penutup semua persoalan telah terjawab
DeleteSangat suka dengan olahan ayat yang bombastik ini
ReplyDeleteTerima kasih banyak banyak
ReplyDeleteTerima kasih cikgu JaY
ReplyDeleteMoga cikgu dilimpahkan rezeki yang banyak☺️
ReplyDelete