(Alamat Pengirim)
1 Februari 2013
1 Februari 2013
Menemui sahabatku yang berada jauh di pedalaman
Sabah, semoga berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga
tersayang.
Saudara,
Apa khabar saudara
sekeluarga di pedalaman Sabah? Saya sekeluarga di Kajang Selangor sihat-sihat
sahaja. Saya telah beberapa kali menghantar emel kepada saudara tetapi tidak
mendapat balasan. Saudara mungkin sibuk dengan sesi persekolahan yang baru
bermula. Tambahan pula, saudara sememangnya murid yang aktif dalam aktiviti
sekolah.
Pada kesempatan ini, saya
suka memberitahu saudara tentang aktiviti saya semasa cuti persekolahan yang
baru selesai hujung tahun lepas. Untuk pengetahuan saudara, saya dan keluarga
telah pergi melancong ke ___________. Tentu saudara masih ingat akan tempat
yang saya ingin melancong sebelum cuti tahun lepas. Saya ingin melancong ke
______ kerana ___________. Saya juga pernah berjanji untuk menceritakan
aktiviti pelancongan saya kepada saudara.
Aktiviti yang popular di ________ ialah aktiviti
pelancongan akua. Pelancongan akua ialah _________________________. Saya telah
menyertai beberapa permainan untuk menghilangkan stres. Antaranya ialah,
bermain jet ski dan bermain ski air. Permainan ini merupakan antara kenangan
yang paling seronok bagi saya sepanjang berada di sana. Saya juga
berpeluang berjumpa dengan pemain ski air terkenal di sana. Masa seminggu di sana bagaikan seminit
berlalu begitu sahaja. Saya juga tidak melepaskan peluang belajar bermain
ski air. Bak kata peribahasa, jauh
perjalanan luas pengalaman.
Selain itu, tempat-tempat menarik juga banyak di
_______ untuk dilawati. Tambahan pula, saudara seorang yang minat mata
pelajaran Sejarah. Banyak peninggalan sejarah boleh diterokai di sana.
Antaranya, tempat yang mengumpul pelbagai tinggalan sejarah iaitu muzium mudah
untuk dilawati. Saudara tidak perlu membuang banyak masa untuk pergi ke muzium
kerana muzium tidak jauh dari pinggir pantai. Saudara boleh diibaratkan seperti peribahasa, sambil menyelam minum air.
Tidak ketinggalan juga, jika saudara gemar membeli belah, pelbagai cenderahati
memang banyak untuk dibeli. Semuanya menarik. Rambang mata dibuatnya.
Saudara,
Untuk pengetahuan saudara, pelbagai kemudahan
mudah diperolehi di sana. Antaranya, penginapan, pengangkutan, makanan dan
banyak lagi. Semua kemudahan ini amat senang untuk diperolehi kerana saudara
boleh membuat tempahan dengan lebih awal secara terus melalui internet. Caranya
amat mudah, saudara hanya perlu menaip nama lokasi dalam laman sesawang. Bak kata peribahasa, dunia di hujung jari.
Hanya dengan satu klik, saudara akan sampai ke destinasi tanpa mengunjunginya.
Setakat ini sahaja yang
dapat saya tulis dalam warkah yang tidak seberapa ini. Insya-Allah, saya akan
menulis pengalaman saya pergi melancong ke tempat-tempat lain yang lebih
menarik dalam lembaran akan datang. Akhirnya, sambutlah salam saya buat saudara
sekeluarga.
Sekian. Yang
Benar,
(tandatangan
pengirim)
* Yang bercetak tebal ialah kata dan frasa menarik.
* Yang dikosongkan untuk anda mencuba melengkapkan karangan ini.
* Semoga kecemerlangan milik anda. Amin...
tak dapat nak salinlah :(
ReplyDeleteha'ah banyak tempat kosong
Delete5555
ReplyDeleteBoleh saya tahu gerangan yang memberikan komen di atas? untuk memenuhkan ruang kosong di atas, rujuk buku teks t2 ms23.
ReplyDeleteboleh tolong isikan tk ruangan kosong tu
ReplyDeleteayooo saye baru t1
ReplyDeletekalau t1, kenalah try sendiri. selamat mencuba.
Deletekarangan yang sangat bagus.
ReplyDeleteMembantu saya membuat kerja rumah saya.
Jawapan boleh didapati di muka surat berapa ya??
waaa...cg jalil dah ader website sendiri..baru tahu...
ReplyDelete