Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Sajak 'Harga Remaja' Tingkatan 4

Harga Remaja
(Rahman Shaari)

Maksud :


Rangkap 1         
Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Rangkap 2
Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3
Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Rangkap 4
Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.



Tema : 

Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda.
Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.


Persoalan :
  1. Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
  2. Persoalan jati diri remaja.
  3. Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
  4. Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja. Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.

 Bentuk
 Terdiri daripada empat rangkap
  1. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris.
  2. Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris.
  3. Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.
  4. Sajak ini berbentuk bebas.
Nada :
Sinis

Gaya Bahasa :
  1. Ayatnya pendek-pendek.
Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)

  1. Diksinya mudah difahami.
Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

  1. Aliterasi :pengulangan konsonan m
Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)

  1. Pengulangan konsonan t
Contoh :  dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)

  1. Asonansi :pengulangan vokal a
Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
             Pengulangan vokal i
Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)

  1. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris
Contoh : bagai kehijauan daun
                            bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)

  1. Metafora
Contoh : piala remajamu  (rangkap 2, baris 2)
                          cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3)
                           madu ajaran  (rangkap 2, baris 5)
  1. Simile
Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)

  1. Sinkope
Contoh : Penuhilah remajamu
               Dengan apakah akan kau penuhi


Nilai
  1. Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
  2. Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
  3. Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.
Pengajaran 

  1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
  2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
  3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
  4. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.


Soalan

1.            Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak Harga Remaja.

2.            Nyatakan dua pengajaran yang diperoleh daripada sajak Harga Remaja.



Jawapan:

1.            i)  Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
ii) Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
           
2.         i)  Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang   bermanfaat.
ii) Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang  cerah.







Sunday, January 26, 2014

Lagu Lebih Indah - Latihan Tatabahasa

Lebih Indah
Nyanyian : Dato’ Siti Nurhaliza

Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jua cita
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama
Purnama jingga
Cantiknya.. di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam tak menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding - dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jua cita
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana

Di sekelilingmu ada dinding - dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jua cita
Kau harunginya
Mengharunginya

Latihan :
i)  Cari maksud bait-bait lagu ini.
ii) Apakah halangan dan rintangan yang dihadapi oleh remaja hari ini?
iii)Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja hari ini boleh berdepan dengan dunia yang serba mencabar ini?
iv) Nyatakan sebab remaja hari ini terdedah kepada anasir-anasir kurang sihat dan akibatnya kepada remaja itu sendiri. Jawapan anda perlu dalam bentuk Peta Pelbagai Alir.

Selamat Mencuba!!!


Saturday, October 19, 2013

SEMINAR MOTIVASI & BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU DI MPKJ


Cikgu Jalil di MPKJ menerangkan cara menulis karangan dengan mudah menggunakan cara 'PIK'















Terima kasih MPKJ dan AHLAN atas undangan kali ini...
Kepada peserta seminar, moga kecemerlangan milik anda.

Friday, October 18, 2013

Jom Buat Latihan Tatabahasa

1. Berpuluh orang penumpang terpaksa bermalam di lapangan terbang akibat
    perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi tergendala.
    (______________________)

2. Beribu-ribu ayam di Turki mati akibat wabak penyakit seselma burung.
    (________________)

3. Setengah orang suka memancing ikan di sungai. (_____________)

4. Para-para penduduk kampung bergotong-royong membaiki jambatan yang rosak
    akibat banjir. (___________________)

5. Jalanraya di Kuala Klawang sangat curam dan bengkang-bengkok. (__________)

6. Bandaraya Seremban diperindah sempena Sukan SUKMA. (____________)

7. Sazlin akan mewakili negara ke peringkat antara bangsa dalam acara bowling.
    (_____________)

8. Menteri besar-menteri besar sedang bermesyuarat di dewan besar Putrajaya.
    (______________)

9. Alat tulis-alat tulis yang dijual di Kedai Sinaran sangat murah. (___________)

10. Mereka-mereka selalu berbincang di dalam kelas. (__________)

  
Jawapan latihan 4      
1. Berpuluh-puluh orang penumpang             
2. Beribu-ribu ekor ayam                               
3. Setengah-setengah orang                           
4. Para penduduk                                           
5. Jalan raya                                                   
6.  Bandar raya
7. antarabangsa
8. Menteri-menteri besar
9. Alat-alat tulis
10. Mereka

Selamat Mencuba.

Wednesday, October 16, 2013

Kata Banyak Makna

Kata Banyak Makna

Kata banyak makna bermaksud perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud.Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan. Kata banyak makna terbahagi kepada tiga bentuk iaitu kata dasar, berimbuhan dan kata ganda.


Kata
Maknanya
Akal
1. fikiran
2. ikhtiar
3. muslihat, tipu helah
Alamat
1. tanda
2. tempat tinggal
3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah,poskod dan   
    menunjukkan tempat tinggal seseorang.
Barang
1. benda
2. lebih kurang
3. apa-apa saja
Bermuka-muka
1. beberapa banyak muka surat.
2. berpura-pura atau tidak ikhlas
Bersimpang-siur
1. bergerak ke sana ke mari.
2. silang-menyilang kerana terlalu banyak.
3. terlalu banyak likunya, berliku-liku.
Besar
1. tidak kecil.
2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya.
3. penting, berpengaruh, berkuasa
4. tugas penting, hajat atau niat.
Cerah
1. terang
2. jernih.
3. agak putih.
4. berseri, tidak muram.
5. baik, bahagia.
Cetek
1. tidak luas (pengetahuan)
2. tidak dalam (air)
Dalam
1. tidak cetek
2. luas pengalaman
Diam
1. tidak bercakap, senyap
2. tinggal
Diam-diam
1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa.
2. tidak berbuat apa-apa
Dingin
1. sejuk
2. tidak meriah
Faedah
1. guna, manfaat.
2. bunga, laba, untung
Halaman
1. muka surat.
2. pekarangan rumah
Halus
1. kecil-kecil.
2. beradab
Hampa
1. kecewa
2. tidak berisi
3. kosong
Hangat
1. berita yang masih baru
2. panas
Haus
1. dahaga
2. sangat ingin mendapatkan sesuatu
3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakan
Jelas
1. terang, nyata
2. selesai, beres
Kemas
1. teratur
2. disiapkan dengan baik
3. kuat, teguh, erat.
Kemasukan
1. dimasuki oleh sesuatu
2. yang behubung dengan perihal masuk
Kepantasan
1. kelajuan
2. kecekapan
Lapangan
1. kawasan yang luas
2. jurusan, bidang
Lapang
1. luas
2. tidak sibuk
Masak
1. boleh dipetik dan dimakan
2. tidak mentah
3. berpengalaman
Menganjurkan
1. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan
2. mengadakan
3. menghulurkan atau memajukan ke depan
Menggosok-gosok
1. menggilap
Menjelaskan
1. menerangkan atau menghuraikan dengan lebih lanjut
2. menyelesaikan hutang
Menjemput
1. mengambil
2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jari
Melancarkan
1. memulakan sesuatu dengan cepat / meluncurkan
2. memudahkan / melicinkan sesuatu usaha
3. melakukan / mengadakan sesuatu serangan, tindakan
Melepaskan
1. membebaskan / menjadi tidak terikat
2. menghilangkan (letih / penat)
3. memberikan / menguntukkan
4. mengeluarkan / membiarkan keluar (perasaan)
Membuka
1. menjadikan tidak bertutup
2. menghidupkan sesuatu
3. memberikan peluang
Memotong
1. mengerat / memenggal
2. mengurangkan sesuatu
3. memintas
4. mencelah percekapan orang
5. menoreh getah
Menyaingi
1. mengiringi / menemani
2. menandingi / berlawan
Menahan
1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak membenarkan,   
    menghentikan.
2. melawan / menangkis serangan
3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti
4. menguatkan diri supaya sanggup menderita
Menelan
1. memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong
2. banyak memerlukan
3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkan
Menuntut
1. mendesak
2. mencari ilmu
Pengajaran
1. sesuatu yang diajar
2. pedoman
Rasa
1. rasa dengan lidah
2. pendapat, fikiran
3. keadaan hati terhadap sesuatu
Serong
1. tidak lurus, tidak tepat letaknya
2. tidak jujur, curang
Tahan
1. tidak mudah rosak
2. sanggup menderita
3. cukup, memadai
Tajam
1. dapat memotong dengan mudah
2. cerdik
3. keras atau pedas (perkataan, kritik)
Tawar
1. tidak terasa apa-apa
2. tidak mujarab, hilang kekuatan
3. tidak berkemahuan, tidak bernafas / bersemangat
4. meminta dikurangkan harga barangan
*Nota ini diambil dan diedit dari laman sesawang yang terpilih, selamat berkongsi ilmu.

Saturday, October 12, 2013

Jom Kongsi Ejaan Salah dan Betul

Kesalahan Penggunaan Kata

Salah
Betul
kelinik
klinik
goreng pisang
pisang goreng
perabut
perabot
kampong
kampung
pelancung
pelancong
tulin
tulen
talipon
telefon
masok
masuk
Minibas
Bas mini
Ajenda
Agenda
Patriotisma
Patriotisme
Teknoloji
Teknologi
Profession
Profesion
Television
Televisyen
Bekerja
Bekerja
e-mail
e-mel
Berlajar
Belajar

Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
 
Salah
Betul
Para-para pelajar
Para pelajar
Mereka-mereka
Mereka
Semua penduduk-penduduk
Semua penduduk
Setengah-tengah
Sesetengah / Setengah-setengah
Berpuluh-puluh orang-orang
Berpuluh-puluh orang
Tiap-tiap pekerja-pekerja
Tiap-tiap pekerja/ Setiap pekerja
Sepuluh buah sekolah-sekolah
Sepuluh buah sekolah
Setiap peserta-peserta
Setiap peserta
Pelbagai buku-buku
Pelbagai buku
Baju-baju di kedai itu cantik-cantik.
Baju di kedai itu cantik-cantik.
Tiap
Tiap-tiap / Setiap
Berbagai
Berbagai-bagai

Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan pada, ke dan kepada
(Awang Sariyan, 1980:14).
 
Kata Sendi Nama
Penggunaan
dari
tempat, masa
daripada
perbandingan, asal kejadian
di
tempat
pada
masa, orang, benda abstrak
ke
tempat, masa
kepada
benda bernyawa, benda abstrak

 Contoh penggunaannya:
 
Salah
Betul
 Dia berasal daripada Pulau Pinang.
 Dia berasal dari Pulau Pinang.
 Surat itu dari pengetua.
 Surat itu daripada pengetua.
 Meja itu dibuat dari kayu.
 Meja itu dibuat daripada kayu.
 Di masa depan
 Pada masa depan
 Di zaman teknologi maklumat
 Pada zaman teknologi maklumat
 Di hari ini
 Pada hari ini
 Diserahkan ke Siti.
 Diserahkan kepada Siti
 Dilontar ke Ali
 Dilontar kepada Ali
 Oleh kerana
 Oleh sebab
 Suka manggis
 Suka akan manggis
 Balik Pahang
 Balik ke Pahang
 Pergi perpustakaan
 Pergi ke perpustakaan
 Suka gadis itu
 Suka kepada gadis itu

Susunan kata (Hukum D-M) Diterangkan dan Menerangkan
 
Salah
Betul
Dr. Mariam Klinik
Klinik Dr. Mariam
Medan Restoran
Restoran Medan
Cili sos
Sos cili
Mini bas
Bas mini
Goreng pisang
Pisang goreng
Lain-lain hal
Hal-hal lain
Lain-lain perkara
Perkara-perkara lain

Kesalahan Penggunaan Imbuhan
 
Salah
Betul
kebanyakkan
kebanyakan
mengalakan
menggalakkan
menggosokan
menggosokkan
menaikan
menaikkan

 Akhiran 'kan' dan ' i '
 
Salah
Betul
menghadiahkan ibu
menghadiahi ibu
mengurniakan beliau
mengurnai beliau
menganugerahkannya ilmu
menganugerahinya
mengirimkan saya surat
mengirimi saya surat
mengirimkan surat kepada saya

 Kesalahan Penggunaan Kata Penguat
 
Penguat hadapan
agak, begitu, paling, terlalu
Penguat belakang
benar, betul, nian, sekali
Penguat bebas
amat, sangat, sungguh

Kesalahan Penggunaan Tatabahasa
 
Salah
Betul
menceritakan tentang
(i) menceritakan
(ii) bercerita tentang

 Kesalahan Penggunaan Ayat Aktif dan Ayat Pasif
 
Subjek
Pelaku
Predikat (Kata kerja)
Daerah itu
saya
kamu
kunjungi

 Ayat itu tidak boleh diucap sebagai
 Daerah itu saya mengunjungi. (Salah)
 Daerah itu dikunjungi oleh saya. (Salah)

 Pelaku pertama dan kedua.
 Ayat  - Subjek + Predikat

 Jika kita ingin menggunakan kata bantu atau kata lain, kata itu hendaklah disisipkan sebelum pelaku.  
 (Awang Sariyan, 1989:12)


 a) Daerah itu saya belum kunjungi. (Salah)
 b) Daerah itu belum saya kunjungi. (Betul)

 Pelaku ketiga.
 

Subjek
Predikat

kata kerja
sendi
pelaku
Daerah itu
dikunjungi
oleh
mereka

    a) Daerah itu mereka kunjungi. (Salah)
    b) Daerah itu dikunjungi oleh mereka. (Betul)