Friday, October 4, 2013

Cara Menjawab Karangan Berpandu Menegah Rendah (Rujukan Murid dan Guru untuk Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 1 dan 2)
BM KERTAS 2 : BAHAGIAN B Karangan Berpandu)

• 20 markah
• TIDAK MELEBIHI 120 PATAH PERKATAAN
• Masa 20 minit
• Karangan berpandukan rangsangan
• Karangan bergantung kepada tema bahan rangsangan
• Terdiri daripada gambar, gambar rajah, pelan, dialog & dll
• BAHAN RANGSANGAN HANYA SEKADAR CONTOH.
• Karangan mestilah mempunyai wacana yang lengkap
  PENDAHULUAN , ISI & PENUTUP

Aspek-aspek yang biasa terdapat dalam karangan
•SEBAB , LANGKAH , KESAN & MASALAH
•KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


PENDAHULUAN
•Cukup hanya sekadar dua baris atau 2 ayat dalam satu perenggan.
•Jangan menyentuh isi.
•Hanya menyentuh isu dan menyatakan kehendak soalan sahaja.
•Contoh :

   Dewasa ini, gejala lepak (isu)semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar sekolahTerdapat beberapa punca (kehendak soalanpelajar sekolah gemar melepak

PERENGGAN ISI
•Isi perlu jelas.
•Mesti ikut kehendak soalan.
Isi  (Huraian) + Contoh *Peribahasa
Contoh Perenggan Isi
       (Kehendak soalan), ___(isi)_____. Ini kerana _____(huraian + contoh)_____.
* 2 ayat asas cukup untuk menjelaskan isi dalam karangan berpandu.

PERENGGAN KESIMPULAN
•Dalam penutup, kita mesti ketengahkan cadangan dan harapan.
•Cukup hanya 2 @ 3 ayat sahaja.
•Contoh :
             Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dalam menangani gejala lepak (cadangan). Oleh itu, rakyat kita akan hidup dalam suasana yang aman dan harmoni (harapan).

No comments:

Post a Comment