Tuesday, October 8, 2013

Rujukan Guru dan Murid : Soalan 3 (Tatabahasa) Bahasa Melayu Kertas 2 SPM

Soalan 3 : Tatabahasa Bahasa Melayu Kertas 2 SPM
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3 (c) : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Soalan 3 (e) : 6 markah

Perhatian : Soalan 3a
- 1m bagi setiap ayat yang betul
- ½ m ditolak bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan
  soalan
- Perkataan yang diberi digunakan sebagai nama khas 0m
- Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya labih, tolak ½ m bagi setiap ayat.
- Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai
  satu ayat.
- Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
- Isi tidak jelas, tolak ½ m.
- Kalau buat ayat beri maksud, markah diberi seperti biasa.

Soalan 3(a) Binaan Ayat
- Binaan ayat dengan 6 perkataan. Bina 6 ayat.
- Bina 6 ayat dengan 3 perkataan yang sama maksud. 
- Bina satu ayat dengan setiap perkataan.
- Markah 6.
Antara tajuk : imbuhan, kata banyak makna, kata imbuhan pinjaman, kata tunggal, kata
  ganda, kata majmuk dll.
- Tidak boleh menambah sebarang imbuhan.
- Bina ayat sendiri.

Soalan 3b – Struktur ayat
Antara soalan yang ditanya :
- Cerakinkan pertikan kepada 6 ayat.
- Gabungkan 6 ayat menjadi 3 ayat.
- Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
- Tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.
- Binaan biasa tukarkan kepada binaan songsang (2012).
- Tukarkan binaan songsang kepada binaan biasa. 
- Tukarkan perbualan kepada cakap pindah. 
- Gabungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.
- Tukarkan petikan kepada cakap ajuk.
- Nyatakan jenis ayat (tanya, seruan, penyata, perintah, larangan)
- Pola ayat (FN+FN, FN+FK, FN+FA, FN+FS)

Soalan 3(c) Kesalahan Imbuhan dan Ejaan
- Perlu tukarkan ejaan yang salah dan imbuhan yang salah sahaja. 
  *Jangan tukarkan kata dasarnya. 
- Contoh :
export ( X ) , eksport ( / )
mebom (X), mengebom ( / )

Soalan 3 (d) Kesalahan Kata dan Istilah
- Perlu tukar kesalahan kata dan istilah yang salah. 
*tukarkan perkataan atau istilah yang mengandungi kesalahan
- Contoh :
- pisang goreng ( / ), goreng pisang ( X ) – Hukum DM
- menuntun basikal ( / ), menonton basikal ( X )
Antara tajuk yang popular :
- Kata sendi nama, jamak kata, kata pinjaman, penjodoh bilangan, kata bilangan, Hukum DM
  dll.

- Soalan 3 (e) Peribahasa
- Antara soalan yang biasa ditanya :
- Bina ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan.
- Kemukakan tiga peribahasa berdasarkan petikan yang diberi.
- Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
- Nyatakan peribahasa berdasarkan maksud yang diberikan.
- Nyatakan maksud peribahasa yang diberikan (2012).
- Nyatakan peribahasa yang hampir sama maksud.





1 comment: