Sunday, October 6, 2013

Rujukan untuk Soalan Rumusan dan Soalan Pemahaman 2(a) SPM Kertas 2

Bahagian A : Rumusan
Mesti kena buat 4 perenggan.

Pengenalan      (1 ayat)
Isi tersurat       (6 ayat)
Isi tersirat        (2 ayat)
Penutup           (1 ayat)
Markahnya : 20m isi + 10m bahasa = 30m

Pengenalan
            Petikan membincangkan (ambil  selepas ‘tentang’ sehingga sebelum ‘dan’ dan tukarkan perkataan pertama selepas ‘tentang’ dengan perkataan yang sama erti) di negara kita @ dalam kalangan masyarakat @ pada masa ini / bergantung kepada kehendak soalan.

Contoh

Petikan membincangkan keistimewaan / kelebihan  Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan berbanding dengan negara lain (mesti ada unsur perbandingan)

atau
Petikan membincangkan  *punca/sebab/alasan  Malaysia sebagai destinasi pelancongan
kesihatan.
*Ciri-ciri/cara-cara/kebaikan/muafakat/faedah langkah = 0m arkah

Isi Tersurat
-          Rujuk perkataan selepas ‘tentang’
-          Ambil dari petikan dalam perenggan di tengah-tengah.
-          Ambil  isi dan abaikan huraian dan contoh.
-          Cara menulis :
            Pertama, ________(isi tersurat 1)_____. Kedua, _______( isi tersurat 2)_______. Ketiga, ___________( isi tersurat 3)_______. Selain itu, _____( isi tersurat 4)_____.  Antara lainnya, ______(isi tersurat 5)_____. Akhir sekali, __________( isi tersurat 6)______.

Isi Tersirat
-          Rujuk perkataan selepas ‘dan’.
-          Cara menulis :
            (Mula dengan perkataan selepas ‘dan’) ______(isi tersirat 1)____. Selain itu, ________(isi tersirat 2)____.

Penutup
Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk meningkatkan industri pelancongan kesihatan agar negara kita aman dan harmoni.

      Tak sebut industri pelancongan kesihatan = 0m
      Jika menyebut subjek selepas harapan, hanya boleh dapat 1m
    Rumusan dibaca sehingga 120 pp, kalau harapan selepas 120pp, masih boleh dapat 2m untuk markah kesimpulan

Soalan 2 : Soalan Pemahaman Umum.
Soalan 2 (a)
-          Biasanya soalan berdasarkan petikan yang dirumuskan.
-          Soalan (i) ialah maksud rangkai kata.
-          Jawab dengan menukarkan setiap satu perkataan.
-          Contoh :
(i)            Berikan maksud rangkai kata berjalan perlahan (2 markah)
Maksud rangkai kata berjalan perlahan ialah bergerak lambat.

-          Soalan (ii) biasanya di dalam petikan. Di dalam perenggan yang kurang isi tersurat rumusan.
-          Jawapan berdasarkan markah / berdasarkan kehendak soalan.
-          Contoh :
(ii)     Berdasarkan petikan, bagaimanakah program pencegahan dadah di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan? (3 markah)
Pada pendapat saya, program pencegahan dadah di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan cara ______cara 1____. Selain itu, _____cara 2_____. Akhir sekali, ____cara 3______.

-          Soalan (iii) ialah pendapat anda sendiri.
-          Jawapan berdasarkan markah / berdasarkan kehendak soalan.
-          Contoh :
(iii)      Pada pendapat anda, mengapakah remaja terjebak dengan najis dadah? Berikan empat sebab. (4 markah)

Empat sebab remaja terjebak dengan najis dadah  ialah _____sebab 1 ___. Selain itu, _____sebab 2____. Seterusnya, ____sebab 3________. Akhir sekali, _____ sebab 4______.

No comments:

Post a Comment