Friday, October 4, 2013

Cara Menjawab Soalan Pemahaman Menengah Rendah Bahasa Melayu : BAHAGIAN A (ii)
Soalan pemahaman umum.
Terdapat 3 soalan.
Soalan 1 – maksud rangkai kata.
Soalan 2 – Jawapannya di dalam petikan sebenar.
Soalan 3 – Jawapannya pendapat sendiri.

Cara menjawab soalan A(ii)
Soalan 1 – mesti membaca ayat sebenar dalam petikan dan menukar setiap satu kata.
Contoh :
(i) Berikan maksud rangkai kata berjalan perlahan.
Jawapannya : Maksud rangkai kata berjalan perlahan ialah bergerak lambat.

Soalan 2 – jawapannya ada di dalam petikan sebenar.
Jawapannya ada di dalam perenggan yang kurang isi ringkasan.
Jawapannya mesti dalam 2 ayat kerana markahnya ialah 4 markah.
ContohDua kelebihan penggunaan internet ialah _____________. Selain itu,_____.

Soalan 3 – Jawapannya mestilah pendapat sendiri.
Jawapannya mesti ditulis dalam 2 ayat kerana markahnya ialah 4 markah.
ContohLangkah-langkah menangani gejala lepak ialah _____________. Selain itu, _____________.


No comments:

Post a Comment