KRITERIA PEMARKAHAN
Peringkat |
Kriteria
|
CEMERLANG
(36-40)
markah
|
- Pelbagai jenis kata
- Pelbagai ayat majmuk yang gramatis
- Ejaan & tanda baca yg betul
- Kosa kata luas dan tepat
- Idea relevan & huraian jelas dan matang, contoh yang
sesuai
- Pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai
- Wacana lengkap
- Bahasa bervariasi
- Ungkapan yg menarik
- Laras sesuai
|
•40
markah
•Lebih daripada 180 patah perkataan
•Wacana yang lengkap
•Pilih/Jawab 1 daripada 5 soalan yang diberi
•Menggunakan masa 45 minit
–10 minit : Perancangan
–30 minit : Penulisan
–5 minit : Penyuntingan
PERINGATAN
1
•Karangan yang baik mesti menyelitkan peribahasa / cogan kata / ungkapan yang
menarik dalam PENDAHULUAN dan PENUTUP
•Pastikan menggunakan kosa kata yang luas dan tepat
•Semak ejaan sebelum menghantar kertas jawapan
•Karangan hendaklah melebihi 180 pp
PERINGATAN 2
•Kesalahan yang biasa dilakukan oleh calon :
ºSelain daripada itu - Selain itu
ºSehubungan dengan itu - Sehubungan itu
ºIni kerana - Hal ini dikatakan demikian kerana / Hal ini berlaku demikian kerana
•Di kalangan - Dalam kalangan
ºPenggunaan Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ - 'ialah' Kata Nama, 'adalah' Kata Sendi
Nama / Kata Adjektif
ºPenggunaan Kata depan ‘di’ dan pengimbuhan
•PERENGGAN PENDAHULUAN
Jenis pendahuluan
1. Persoalan
2. Puisi
3. Definisi
4. Fakta
5. Sejarah
6. Suasana
7. Peribahasa
8. Gabungan
9. Pendapat
CONTOH
PENDAHULUAN
Negara
semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia semakin hari semakin bijak. Namun, gejala lepak (isu
yang dibincangkan) semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar sekolah kini. Isu ini sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Siapakah yang harus disalahkan? Sama-sama kita renungkan.
CONTOH PERENGGAN ISI
Mesti memenuhi formula I+H+C+Pn*PrB
Dalam usaha melahirkan masyarakat yang menyayangi tanah air, generasi kini perlu mengambil inisiatif untuk menganjurkan program-program dan pelbagai kempen yang bertemakan nilai patriotisme agar generasi muda dapat mengenali negara Malaysia dengan lebih mendalam. |
Isi
|
Mereka mesti
menyokong apa-apa aktiviti malah giat menyertai program dan kempen yang
dianjurkan oleh kerajaan pada peringkat kebangsaan.
|
Huraian
|
Sebagai
contoh,kempen Gerakan Cintailah Tanah Air yang dirasmikan oleh mantan Perdana
Menteri , Tun Dr.Mahathir Mohamad pada 29 Disember 1998.
|
Contoh
|
Pokok-pokok ditebang dengan berleluasa, habitat fauna dimusnahkan sekelip mata, malah bukit –bukau sebagai penyokong bumi ditarah dan dirobek dengan rakus.Kini, yang ada hanyalah hutan batu yang menyesakkan pemikiran manusia dan kehidupan seluruhannya. |
Contoh
|
Bayangkan hidup
kita tanpa pepohon yang rendang, lautan dan sungai yang bersih. Penglihatan
kita hanya terbatas pada konkrit-konkrit yang terpacak kaku sahaja.
|
Huraian
|
Nilai kasih
sayang dan prihatin manusia terhadap alam sekeliling yang amat signifikan
dalam ekosistem hilang begitu sahaja lantaran keserakahan mengejar makna
kemajuan.
|
Isi
|
Perenggan Penutup
Tuntasnya, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia boleh dikurangkan sekiranya semua pihak bekerjasama untuk membendungnya (cadangan). Sesungguhnya, Malaysia terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah masyarakat yang berbudi bahasa tinggi, namun sikap pemandu di jalan raya begitu berlawanan dengan budaya luhur tersebut. Sesungguhnya pandangan ini perlu diubah agar kadar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan (harapan).
SKOP KARANGAN
•DIRI / KELUARGA
•SEKOLAH / MASYARAKAT
•MASYARAKAT / DIRI / SEKOLAH
•PENGALAMAN / PERIHAL CERITA
•PENGALAMAN / PERIHAL CERITA
*BIASANYA 1@2 DARIPADA 5 TAJUK INI
BERFORMAT.
No comments:
Post a Comment