Karangan Lengkap Usaha memperkenalkan dan mempopularkan
seni dan budaya kita
Negara
semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia pula semakin hari semakin
bijak. Dalam pada itu, seni dan budaya negara kita semakin dipandang sepi. Isu ini sering terpampang di dada-dada
akhbar dan terdengar di corong-corong radio. Isu ini juga sering menjadi buah mulut dalam kalangan
masyarakat kita. Apakah yang harus kita lakukan untuk memperkenalkan dan
mempopularkan seni dan budaya kita? Hakikatnya, terdapat beberapa usaha yang
boleh dilakukan.
Usaha yang
utama dalam hal ini ialah peranan daripada pihak kerajaan. Pihak kerajaan
bolehlah menggalakkan orang ramai untuk menampalkan iklan-iklan atau
poster-poster pada bangunan-bangunan, bas-bas awam ataupun teksi-teksi untuk
mempromosikan seni dan budaya yang terdapat di negara kita. Dengan cara ini,
seni dan budaya kita akan dikenali oleh pelancong-pelancong yang datang ke
negara kita.
Selain itu,
pihak sekolah bolehlah memainkan peranan dalam hal ini. Pihak sekolah boleh
mengadakan hari terbuka yang memasukkan program pertukaran pelajar antara
negara. Contohnya, sebilangan pelajar terpilih dari negara kita akan ke luar
negara dan sebilangan pelajar dari luar negara berkunjung ke negara kita. Jadi
jelaslah di sini bahawa dengan cara ini seni dan budaya negara kita akan
dipromosikan.
Seterusnya,
kita bolehlah mengadakan aktiviti tahun melawat Malaysia. Dalam aktiviti ini,
kita akan mempromosikan seni
dan budaya yang terdapat di negara kita. Contohnya, seni tari, pakaian dan
makanan. Mereka yang berkunjung ke aktiviti ini akan mengenali seni dan budaya
Malaysia. Jadi jelaslah di sini bahawa aktiviti tahun melawat Malaysia akan
dapat mempromosi negara kita.
Kesimpulannya,
semua pihak haruslah berganding bahu
dalam memperkenalkan dan mempromosikan negara kita di luar negara. Bak kata
peribahasa, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Dengan kerjasama yang
ditunjukkan sekali gus dapat memperkenalkan dan mempopularkan seni dan budaya
Malaysia ke arena
antarabangsa. Nama negara kita akan terkenal di seantero dunia. Oleh itu, rakyat negara kita akan terus
dapat mengekalkan seni dan
budaya tradisi yang terpelihara
sejak dari dulu lagi.
Latihan mengembangkan isi (2 isi)
- Kita bolehlah
menggunakan artis-artis tersohor tanah air untuk mendendangkan lagu yang
mempunyai unsur-unsur seni dan budaya yang terdapat di Malaysia.
- Kita juga boleh
menggalakkan orang ramai menyertai kempen-kempen dan ceramah yang mempromosikan
seni dan budaya yang terdapat di tanah air kita.
Kurang idea.. bnyak ayat2 yang berulang dan tidak bnyak frasa menarik.. btw tq
ReplyDeleteThat's true there r only 4 passages one is the same isi
ReplyDeleteFail
ReplyDeletebe grateful they tried mf
Deletedont be rude lol they tried their best and this is actually good but ppl need to start thanking them
ReplyDeleteselamat hari raya
ReplyDelete