Tuesday, March 4, 2014

Karangan Berpandu Menengah Rendah

Kepentingan Keperluan Asas dalam Kehidupan Seharian

Keperluan asas amat penting untuk kita meneruskan kehidupan seharian kita. Salah satu daripada keperluan asas ialah makanan. Keperluan asas yang lainnya ialah tempat kediaman, pakaian dan minuman. Adakah kita sanggup hidup hanya berbantalkan batu dan berbumbungkan langit? Tepuk dada, tanyalah minda.


          Perkara dominan dalam hal ini ialah tempat kediaman. Kita memerlukan tempat tinggal untuk meneruskan hidup. Contohnya, rumah. Kita memerlukan rumah untuk mengelakkan diri daripada diserang oleh haiwan-haiwan liar yang terbiar seperti anjing liar yang mencari makan di tempat-tempat pembuangan sampah. Dengan ini, rumah merupakan keperluan asas dalam hidup kita. 

Isi 2 - makanan dan minuman
 

Isi 3 - pakaian
 
     Konklusinya, kita semua di bumi ini memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Semua pihak harus berganding bahu dalam menyediakan keperluan asas yang terbaik bagi semua hidupan di muka bumi ini. Oleh itu, negara kita akan aman dan damai tanpa sebarang kekurangan dalam kehidupan. 


2 comments:

  1. Assalamualaikum, cikgu. Saya tak buat penutup seperti mana yang ada dalam karangan diatas. Saya buat penutup menggunakan ayat saya buat. Maafkan saya cikgu.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,,, tak menjadi masalah. nawal 'di atas' ejaannya jarak..

    ReplyDelete