Penghujung
Thamarat al-Muhimmah
(Syair Nasihat)
(Abu Hassan Sham)
Maksud :
Rangkap 1
Nasihat yang diberi
oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas.
Rangkap 2
Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah
memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.
Rangkap 3
Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan
mengharapkan kepada pembalasan.
Rangkap 4
Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut
ajaran sesat atau ajaran salah.
Rangkap 5
Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi
mengelakkan aib.
Rangkap 6
Tindakan perlu didasarkan kepada pengetahuan supaya
membawa kepada kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan.
Rangkap 7
Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan
kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara perkara yang benar dan yang
salah.
Rangkap 8
Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah akan
menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran.
Tema
Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur
dan ikhlas.
Persoalan
1. Persoalan kepentingan ilmu dalam menjalankan tampuk
pemerintahan.
2. Persoalan keperibadian yang tinggi yang perlu dimiliki
oleh seorang pemimpin.
3. Persoalan ajaran betul dan ajaran songsang yang telah
diwartakan.
4. Persoalan hukum syarak yang perlu diikuti untuk
mengelakkan aib kepada diri.
Bentuk
1. Pantun ini terdiri daripada lapan rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
3. Jumlah perkataan empat hingga enam perkataan sebaris,
jumlah suku kata pula sembilan hingga sebelas suku kata dalam satu baris
4. Rima akhir adalah sama iaitu ’aa aa’.
Gaya Bahasa
Aliterasi
Dengarkan tuan ayahanda berperi.
(Rangkap 1, baris 1)
Pengulangan konsonan ‘n’
Asonansi
Had syarak jangan dilalu. (Rangkap 5, baris 3)
Pengulangan vokal ‘a’
Inversi
Kerja kebajikan janganlah malas.(Rangkap 3, baris 1)
Bahasa Arab
Had syarak jangan
dilalu (Rangkap 5, baris 3)
Nilai
1. Nilai mendengar nasihat
Mendengar nasihat orang yang berpengalaman untuk kesejahteraan
masa hadapan.
2. Nilai kerajinan
Rajin menuntut ilmu dan menjalankan tugas yang diberikan.
3. Nilai keadillan
Seorang pemimpin perlulah adil
dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
4. Keikhlasan
Kerja kebajikan perlu dilakukan
dengan hati yang penuh ikhlas.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mendengar nasihat ayah, agar kehidupan
kita diberkati.
2. Kita hendaklah menjalankan siasatan sebelum menjatuhkan
hukuman.
3. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan kebajikan, serta
ikhlas dalam sebarang tindakan.
4. Kita hendaklah menuntut ilmu agar dapat membezakan antara
yang buruk dan yang baik.
Latihan :
- Berikan maksud
rangkap
Kerja kebajikan janganlah malas
Zahir dan batin janganlah culas
Jernihkan hati hendaklah ikhlas
Seperti air di dalam gelas
- Pada
pendapat anda, apakah kepentingan kita menuntut ilmu?
No comments:
Post a Comment