Wednesday, February 5, 2014

Cerpen Anak Penggunting Rambut

ANAK PENGGUNTING RAMBUT
( NOR HIDAYAH ASARI)

TEMA
Kasih sayang  ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting menyayangi anaknya, Manis  dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting rambut hingga ke akhir hayat anaknya.

PERSOALAN
1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan.
 Contoh:  Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya.

2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak.
Contoh:  Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah.

3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah  dan tenang.
Contoh:  Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia.

4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup.
Contoh:  Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.

GAYA BAHASA

1.  Sinkope
     Contoh:  Kau degil tetapi cepat menangis.
2.  Kata Ganda
     Contoh:  Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal,
3.  Simile
     Contoh:  Seperti Busut Hitam
4.  Personifikasi
     Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri

NILAI
1.  Nilai keberanian.
Contoh:  Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh       guru.
2.  Nilai berdikari
     Contoh:  Ayah berdikari dalam mendidik anak-   anak selepas kematian isterinya.
3.  Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:  Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah.
4.  Nilai kasih sayang
     Contoh:  Ayah sangat menyayangi Manisah  sejak dari kecil hingga dewasa.
5.  Nilai kerajinan
Contoh:  Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.

PENGAJARAN
1.  Kita hendaklah menerima ketentuan Allah
      Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil  nyawa isterinya dan juga nyawa  anaknya Manisah lebih awal.
2.  Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna.
Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.
3.  Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran.
     Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.
4.   Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga.
      Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya.

LATIHAN
1.  Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di bawah?
“ Bagaimanapun ajal dan maut kuasa Allah.  Allah lebih sayangkan Manis.  Subuh itu   Manis menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaanku.”

2.  Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah?
   “Abah hanya mahu merindumu, Manis.”

3.  Nyatakan 3 perwatakan abah dalam petikan di atas?
“Abah saya tukang gunting rambut.  Masa muda, orang kampung panggil abah Mat  Gunting.  Abah saya cukup terkenal di kampung Batu 25, Bagan Datoh.”




No comments:

Post a Comment