‘HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN’
(DISELENGGARAKAN OLEH ROGAYAH
A.HAMID)
Sinopsis
Mengisahkan
salasilah keluarga raja-raja Kalimantan. Kisah bermula dengan Sang Raja Majapahit
mempunyai anak bernama Brawijaya. Brawijaya apabila dewasa menjadi raja di
negeri Sukudana. Daripada keturunannya lahirlah Raja Baporang yang telah
melahirkan Pangeran Karang Tanjung. Pangeran Karang Tanjung pula mempunyai
seorang anak bernama Panembahan Bendala. Panembahan Bendala beranakkan
Panembahan Sukudana. Cerita diakhiri
dengan kisah Pangeran Agung yang mempunyai ramai anak iaitu Ratu Melayu,Utin
Radi, Pangeran Marta, Raden Segara, Gusti Aris,Pangeran Surya dan Tiak Ra’i,
ibu kepada Raden Ambong.
Tema
Cerita
ini bertemakan salasilah keturunan Raja-raja Kalimantan
Persoalan
1. Persoalan
tentang kepentingan mengetahui asal-usul kekeluargaan.
2. Persoalan
perlunya mengenali jati diri sesebuah keluarga.
Watak & Perwatakan
Watak Utama
Upu Daeng Menambun
Ø Keturunan
Sang Raja Majapahit
Ø Raja
Bugis
Ø Berkahwin
dengan anak Sultan Muhammad Zainuddin, Puteri Kesumba
Ø Memiliki
10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Ø Ayahanda
kepada:
o Utin
Damawan
o Gusti
Jamiral bergelar Panembahan Adi Jaya Kesuma
o Gusti
Jamadin bergelar di Sambas Pangeran Chakra
o Utin
Chandera Sari bergelar Ratu di Sempang
o Gusti
Jalazri bergelar Pangeran Mangku di Mampawah
o Ratu
Surya Kusuma
o Gusti
Jalma bergelar Gusti Panglima
o Utin
Chandramidi
o Gusti
Sina bergelar Pangeran Jaya Putera
o Utin
Tawang bergelar Utin Busu
Ø Bapa
mertua kepada raja Landak, Raja Bagus. (suami Utin Damawan)
Ø Bapa
mertua kepada Sultan Sharif Abdul Rahman (suami Utin Chandramidi)
Ø Bermenantukan
Pangeran Ghafura, sepupu sultan Berunai (suami Utin Tawang)
Watak Sampingan
Sang Raja Majapahit
Ø Mengetuai
salasilah keturunan Brawijaya hinggalah Pangeran Agung Martadipura
Ø Merupakan
pemula keturunan Raja-raja Kalmantan
Brawijaya
Ø Keturunan
pertama kepada Sang Raja Majapahit
Ø Menjadi
raja di Benua Lama, negeri Sukudana.
Ø Beranakkan
Raja Baporang
Raja Baporang
Ø Beranakkan
Pangeran Karang Tanjung
Pangeran Karang Tanjung
Ø Beranakkan
Panembahan Bendala
Panembahan Bendala
Ø Beranakkan
Panembahan Sukudana
Panembahan Sukudana
Ø Beranakkan
Panembahan Air Mala
Panembahan Air Mala
Ø Beranakkan
Panembahan di Baroh
Panembahan di Baroh
Ø Beranakkan
Panembahan Giri Kesuma
Panembahan Giri Kesukma
Ø Beranakkan
Sultan Muhammad Saifudin
Ø Bersaudarakan
Ratu Surya Kesuma
Latar
Latar Tempat
Ø
Negeri Pontianak
Tempat pemerintahan menantu Upu Daeng Menambun yang
bernama Sultan Sharif Abdul Rahman, suami kepada Utin Chandaramidi.
Ø
Negeri Sambas
Tempat pemerintahan Sultan Muhammad Saiffuddin
Ø
Negeri Mempawah
Tempat asal isteri Sultan Muhammad Zainuddin yang bernama
Emas Inderawati
Ø
Sukudana
Tempat Brawijaya menjadi raja dan meluaskan salasilah
keturunan Sang Raja Majapahit.
Latar Masyarakat
Ø
Masyarakat keturunan
bangsawan
Salah silah keluarga Sang Raja Majapahit yang
berketurunan bangsawan di Jawa dan Brunei.
Ø
Masyarakat yang mementingkan
darah keturunan
Keturunan Sang Raja Majapahit mengekalkan darah keturunan
melalui perkahwinan dengan golongan diraja.
Gaya Bahasa
1. Bahasa
Arab
Fatihah, Quran
2. Kata
ganda
laki-laki, mula-mula,
pertama-tama
3. Bahasa
istana
dititahkan, baginda
Nilai
1. Nilai
jati diri
Keturunan
Sang Raja Majapahit yang mementingkan jati diri dengan memastikan salah silah
keturunannya kekal melalui perkahwinan.
2. Nilai
pemeliharaan salasilah keluarga.
Pengajaran
1. Kita
hendaklah berbangga dengan susur galur
keluarga sendiri.
2. Kita
perlulah membina keturunan keluarga yang dirahmati Allah.
3. Kita
mestilah memelihara salasilah keluarga.
Latihan
1. Siapakah
yang berada pada kedudukan tertinggi dalam salah silah keturunan Raja-raja
Kalimantan?
2. Pada
pendapat anda, apakah kepentingan mengetahui dan mengenal pasti susur galur
keluarga kita?
Jawapan:
1. Sang
Raja Majapahit ialah berada pada kedudukan tertinggi dalam salah silah keluarga
Raja-raja Kalimantan.
2. Pada
pendapat saya, kepentingannya ialah:
a. Kita
dapat mengenal pasti keturunan keluarga kita
b. Mengajar
kita tentang asal-usul diri kita
c. Mengeratkan
lagi pertalian kekeluargaan
d. Mengajar
kita mengenal erti jati diri kita.
No comments:
Post a Comment