Prosa Tradisional
(Pelayaran Yang Penuh
Peristiwa)
Sinopsis
Kisah bermula apabila Awang Sulung
mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal)
menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa.
Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan
diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan
jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar
sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang
Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang
Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang
Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak
memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan
angin.
Setelah tiga hari belayar,
geliung itu hendak berlabuh di Pulau
Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora.
Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang
pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh
barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi
menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan
menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan
Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi
kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga
hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan
mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke
Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Jurumudi menunjukkan rasa
tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba
menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari
kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di
tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau
dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil
batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang
mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung
berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang
Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi
keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke
dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.
Semasa hendak meneruskan
pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka
akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda
berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada
serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua
anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan
lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang.
Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat
helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila
mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina
memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi.
Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan
menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang
Sulung.
Semasa lanun-lanun cuba
menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir
mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang
Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan
berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah
menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar
Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan
untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ.
Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun
dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang
Sulung. Setelah dijamu makan dan minum
serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas
lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku
dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku
Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor
ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya
penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan
jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya
yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua
memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan
mengahwinkannya dengan tuan puteri.
Beberapa hari selepas mereka berkahwin,
geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke
Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja
negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan
Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan
Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan
rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam
berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada
peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru
oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai
menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh
pembesar dan rakyat negeri itu.
Tema
Kelebihan
dan kehebatan anak raja
Awang Sulung Merah Muda
digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung
tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk
putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati
Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah
menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci
yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan
lawannya, Si Jalak .
Persoalan
1. Persoalan
cinta tidak mengenal rupa paras.
Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh
Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.
2. Persoalan perasaan dengki dan iri hati
Jurumudi sangat dengki
kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di
dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.
3. Persoalan
kewibawaan dan pengaruh yang kuat
Lanun-lanun tidak berani
menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar
suara Awang Sulung Merah Muda.
4. Persoalan
menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
Jurumudi menipu Tuanku
Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada
serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan
menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin
dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
5. Persoalan menghormati tetamu
Awang Sulung disambut oleh
pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke
balairung seri.
Watak
dan Perwatakan
a. Watak
Utama
Awang Sulung Merah Muda
·
Berasal
dari Negeri Bandar Mengkalih
·
Anak
kepada Tuanku Si Helang Laut
·
Cucu
kepada Tuanku Si Helang Mawai
·
Menyamar
sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa
·
Berwajah
tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi
terserlahlah ketampanannya .
·
Memiliki
keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya
·
Berhutang
dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam
·
Berkahwin
dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
·
Ditakuti
lanun
·
Memiliki
pelbagai kesaktian – Dia dapat
menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi manis dan
tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung.
·
Patuh
kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang
sebelum menyabung ayam.
· Merendah
diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau
ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah .
Watak Sampingan
a. Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa
·
Anak
Tuanku Nakhoda Tua
·
Mengemudi
geliung setelah jurumudi pengsan
·
Mudah
jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat
kelebihan dan kehebatan Awang Sulung
·
Suka
menguji - dia menguji kelebihan Awang
sulung dengan menyuruhnya mengambil air
·
Prihatin
- Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung berbulu
dan ketika jurumudi dengki kepada Awang
Sulung
·
Sensitif
– dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang Sulung hendak kembali
ke Bandar Mengkalih.
.
b. Jurumudi
·
Jjurumudi
geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
·
Penipu
- Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan
menunjukkan keris berdarah
·
Pendengki
– Dia berasa dengki kepada Awang Sulung
·
Pengecut
- Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun
c. Tuanku
Nakhoda Tua
·
Ayahanda
kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
·
Mudah
terpedaya – terpedaya dengan penipuan jurumudi.
·
Insaf
- berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang Sulung
·
Menepati
janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung
Merah Muda yang berjaya menyelamat
baginda dan puterinya daripada serangan lanun.
d. Si
Kembang Cina
·
Orang
suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
·
Taat
perintah – Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
·
Pandai
memujuk – Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi geliung
Latar
Latar Tempat
Geliung panjang
·
Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih
menuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa.
Pulau Tapai
·
Tempat
Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya
geliung tidak boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan
kelebihannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih yang diikat dengan
benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat
berlabuh.
Pulau Salah Nama
·
Sekumpulan
lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari menyelamatkan
diri termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang
Sulung menentang lanun.
.
Negeri Pati Talak Terangganu
·
Awang
Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci .
Latar Masa
·
Tiga
hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai.
·
Waktu
siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau.
Latar Masyarakat
·
Golongan
bangsawan – Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua,
Tuan Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu.
·
Golongan
bawahan – anak-anak kapal
·
Masyarakat
lanun yang melakukan rompakan di laut
·
Golongan
taat kepada perintah – Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda.
·
Masyarakat
penipu – jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan
menunjukkan keris berdarah
·
Masyarakat
yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah
Muda menyabung ayam dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu
Gaya Bahasa
·
Bahasa
klasik – geliung
·
Bahasa
istana - beta, santap, kakanda, ayahanda
·
Peribahasa
– enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati
·
Simile
– bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas har
ibulan, bagai kilat sembur-menyembur
·
Puisi
: Pantun :
Bintang tujuh tinggal enam,
Jatuh satu ke Gunung Daik;
Bercahayalah sepuh hilang senam
Itulah tanda emas yang baik.
Seloka:
Nobat
merpati di gunung,
Memberi
salam murai di pintu,
Berbega
burung di bumbungan,
Berkokok
si tambang denak,
Membalas
kinantan suci,
Bertutu
ketitir jantan,
Berkokok
balam tembaga tiga gaya,
Berbunyi
sekalian bunyi-bunyian.
Nilai
·
Nilai
merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar
sebagai budak hitam yang comot
·
Nilai
keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih
mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan
·
Nilai
berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung
kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa.
·
Nilai
kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling
menyayangi selepas berkahwin.
·
Nilai
bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
mengemudi geliung.
·
Nilai
keinsafan – contoh Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan
kepada Awang Sulung.
·
Nilai
rasional – contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya agar
tidak terpengaruh dengan kata-kata jurumudi.
·
Nilai
hormat kepada raja – contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati Awang
Sulung berada di atas geliung tersebut.
Pengajaran
·
Kita
hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita
akan dihormati.
·
Kita
hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.
·
Kita
hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
·
Kita
hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.
·
Kita
hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan
kekesalan pada masa hadapan.
Latihan Pengukuhan
1.
Terangkan
empat persoalan yang terdapat dalam prosa tradisional Pelayaran Yang Penuh
Peristiwa.
2.
Jelaskan
watak utama dan perwatakannya dalam prosa tradisonal Pelayaran Yang Penuh
Peristiwa.
Jawapan:
1. Persoalan
a. Persoalan
cinta tidak mengenal rupa paras.
Contohnya, Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang
dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.
b. Persoalan perasaan dengki dan iri hati
Contohnya jurumudi sangat
dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa
nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.
c. Persoalan
kewibawaan dan pengaruh yang kuat
Contohnya, lanun-lanun
tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.
d. Persoalan
menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
Contohnya ,jurumudi menipu
Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada
serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan
menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin
denganTtuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2. Watak
dan perwatakan watak utama
Awang Sulung
Merah Muda
·
Berasal
dari Negeri Bandar Mengkalih
·
Anak
kepada Tuanku Si Helang Laut
·
Cucu
kepada Tuanku Si Helang Mawai
·
Menyamar
sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa
·
Berwajah
tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi
terserlahlah ketampanannya .
·
Memiliki
keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya
·
Berhutang
dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam
·
Berkahwin
dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
·
Ditakuti
lanun
·
Memiliki
pelbagai kesaktian – Dia dapat
menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi manis dan
tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung.
·
Patuh
kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum
menyabung ayam.
·
Merendah
diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau
ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah .