Wednesday, January 29, 2014

Surat Kiriman Tidak Rasmi - Temasya Sukan Tahunan

(alamat pengirim)
(tarikh)
Menemui sahabatku yang berada jauh di Ulu Tembeling, Pahang semoga berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Saudara,
      Apa khabar saudara sekeluarga di Ulu Tembeling, Pahang? Saya sekeluarga di Kajang Selangor sihat-sihat sahaja. Saya telah beberapa kali menghantar emel kepada saudara tetapi tidak mendapat balasan. Saudara mungkin sibuk dengan sesi persekolahan yang baru bermula. Tambahan pula, saudara sememangnya murid yang aktif dalam aktiviti sekolah.

Pada kesempatan ini, saya suka memberitahu saudara tentang aktiviti sukan tahunan sekolah saya seperti yang saudara ingin tahu dalam surat yang lepas. Untuk pengetahuan saudara, sukan tahunan sekolah saya diadakan di INSPEN pada 21 Jun 2013. Aktiviti ini dijalankan bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Acara pembukaan ialah kata-kata aluan pengerusi majlis, dikuti dengan bacaan doa dan ucapan pengetua. Suka saya memberitahu saudara bahawa sukan tahunan sekolah saya pada tahun lepas disertai oleh semua warga sekolah termasuklah AJK PIBG. Acara sukan tahunan dijalankan dalam banyak kategori. Kategori lelaki dan perempuan mengikut tingkatan. Acara sukan sekolah saya dikendalikan dengan penuh gilang gemilang berbekalkan semangat kesukanan dalam diri warga sekolah.
Saudara,
      Selepas acara rasmi, perarakan masuk kontinjen rumah sukan didahului oleh rumah sukan Buana, diikuti dengan rumah sukan Purnama, Samudera dan Suria. Perarakan ini diselangi dengan tarian senamrobik yang mencuit hati. Dalam pada itu, bacaan ikrar kesukanan dibaca oleh ketua atlit sekolah. Acara diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Encik Abdul Rahman bin Ajam, YDP PIBG SMK Jalan Reko. Ucapan yang diberikan dapat membakar semangat murid-murid yang mengambil bahagian pada hari itu.
      Secara keseluruhannya, keadaan padang sangat riuh dengan jeritan pasukan sorak rumah sukan masing-masing. Acara yang dipertandingkan sangatlah sengit. Keadaan menjadi lebih riuh apabila tiba masa persembahan oleh artis jemputan Jozan dan Shiro. Telatah mereka pada hari itu menggamatkan suasana. Saya dan rakan saya tidak ketinggalan untuk mendapatkan autograf dan bergambar bersama-sama mereka.
      Pada masa rehat, murid-murid diberikan makanan percuma oleh rumah sukan masing-masing. Saya berasa sangat seronok. Warga sekolah juga disajikan dengan persembahan kawad formasi oleh ahli unit beruniform terpilih. Mereka tampak sangat bergaya dalam pakaian unit beruniform masing-masing.
      Acara sukan tahunan sekolah saya diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah. Saya sangat gembira kerana rumah sukan saya telah dinobatkan sebagai juara. Semua warga SMKJR sangat seronok dan gembira pada hari itu.
      Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis dalam warkah yang tidak seberapa ini. Akhir kata daripada saya ‘Majulah Sukan untuk Negara’. Sambutlah salam saya buat saudara sekeluarga.
Sekian.                                                                                            
Yang Benar,
(tandatangan pengirim)

10 comments:

  1. Salam, yang ini bagi mereka yang tak dapat buka guna acc google. Semoga anda semua dapat menyiapkan tugasan masa cuti.

    ReplyDelete
  2. thanks you bkn tank u

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Got typo i hope u edit this blog tq.
    WE ARE SJI

    ReplyDelete
  5. Hi! I suka akan karangan tidak rasmi anda dan saya nak karangan rasmi sukan tahunan pada bulan depan. Tetapi, dari hati saya, karangan anda bagus.

    ReplyDelete