Muhibah
dan Perpaduan
(Pantun Empat Kerat)
Zailani Taslim
MAKSUD :
Rangkap 1
Malaysia
merupakan negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan rakyatnya perlu
mengamalkan cara hidup muhibah.
Rangkap 2
Walaupun rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, namun kerana amalan
cara hidup
muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu.
Rangkap 3
Dalam semua
urusan, rakyat hidup bersatu padu dan bergotong-royong berkat hidup
bekerjasama.
Rangkap 4
Rakyat yang
berbilang keturunan tidak akan menjadi halangan untuk rakyat Malaysia
membentuk menjadi
bangsa yang bersatu padu.
Rangkap 5
Sebagai rakyat
yang berbilang kaum, tentulah mempunyai berbilang budaya dan cara hidup.
Namun, kebudayaan
dan cara hidup asal tidak akan dilupakan walaupun kebudayaan nasional
diamalkan.
TEMA :
Keharmonian dan perpaduan hidup masyarakat majmuk.
PERSOALAN :
1. Persoalan
amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum.
2. Persoalan
amalan cara hidup muhibah dapat menyatu-padukan rakyat berlainan bangsa dan
budaya.
3. Persoalan
amalan bekerjasama dan bergotong royong dapat memudahkan segala urusan.
4. Persoalan
kepelbagaian keturunan tidak menghalang pembinaan bangsa yang padu.
5. Persoalan
kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan sesuatu kaum.
BENTUK :
1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan
pembayang dan dua baris akhir maksud pantun.
3. Pantun ini mengandungi empat belas hingga lapan belas
patah perkataan dalam satu rangkap
4. Suku kata terdiri daripada lapan hingga dua belas suku
kata sebaris.
5. Rima
akhir ‘ab, ab’.
GAYA BAHASA :
Simile
Senyuman manis seperti
madu; (Rangkap 4, baris 2)
Kata ganda
Tanda
bersatu bergotong-royong (Rangkap 3, baris 4)
Hiperbola
Mengairi
sawah beratus relong; (Rangkap 3, baris 2)
Asonansi
Di
negara Malaysia berbilang bangsa
(Rangkap
1, baris 4)
Pengulangan vokal a
Aliterasi
Bermacam
keturunan bukan halangan (Rangkap
4, baris 3)
Pengulangan konsonan n
NILAI :
1. Nilai bekerjasama.
Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan
amalan gotong-royong.
2. Nilai hormat-menghormati.
Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat
dan budaya masing-masing.
3. Nilai semangat bermasyarakat.
Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat
hidup bermasyarakat.
4. Nilai Patriotisme.
Masyarakat yang
cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan tempatan.
PENGAJARAN :
1. Kita hendaklah bertolak ansur dalam segala hal sebagai
rakyat sebuah negara berbilang kaum.
2. Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk mengekalkan
keharmonian negara.
3.
Kita hendaklah hidup berkerjasama dan
bertoleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum.
LATIHAN :
- Huraikan dua persoalan yang wujud dalam Pantun Muhibah ini.
- Pada pendapat
anda, bagaimanakah kita dapat mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia?
Jawapan:
- Dua
persoalannya ialah:
- Persoalan
amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang
kaum.
- Persoalan
amalan cara hidup muhibah dapat menyatupadukan rakyat berlainan bangsa
dan budaya.
- Cara-cara untuk
mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah:
- Melalui
kempen kesedaran.
- Melalui
aktiviti gotong-royong.
- Melalui perkongsian budaya seperti rumah terbuka.
- Melalui pembelajaran mata pelajaran Sivik dan Moral di sekolah.
sangat bagus sya suka
ReplyDelete