Thursday, December 5, 2013

Jom cuba!

Lihat animasi di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang manfaat hobi kepada seseorang. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.




Selamat mencuba!

Tuesday, December 3, 2013

Jom isi masa cuti anda!

Jom isi masa cuti anda dengan latihan karangan berpandu!


Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan (Bahagian B Kertas 2)
(i)Pengenalan :
- Isu + Kehendak Soalan (KS)
 (Terdapat dalam arahan soalan selepas perkataan ‘tentang’)
 
- Contoh soalan :
...tentang cara-cara mengurangkan kesesakan jalan raya. ...

 - Contoh pengenalan :
        
 Mutakhir ini, kesesakan jalan raya semakin menjadi-jadi di negara kita. @ pada masa ini. @ dalam kalangan masyarakat. Terdapat cara-cara untuk mengurangkan kesesakan jalan raya ini.

(ii) Isi :
- mengikut kehendak soalan. Isi perlu jelas.
- cukup 3 – 4 isi sahaja (bergantung pada bahan rangsangan yang diberikan)
- mulakan dengan penanda wacana (PW), Kata Kunci (Isi1), Selain itu (Isi 2), Di samping itu (Isi 3), Akhir sekali (Isi 4),)
- isi (Huraian) + Contoh *Peribahasa
- Contoh perenggan isi :

 Cara untuk mengurangkan kesesakan jalan raya (KK) adalah dengan menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam (Isi1) seperti bas awam, LRT dan teksi (Contoh). Ini kerana keadaan ini akan mengurangkan penggunaan kenderaan di jalan raya (Huraian).

Latihan :
Isi 2 – kita boleh mengadakan kempen menyokong kenderaan awam – tambang berpatutan.

Isi 3 – kita boleh menggalakkan orang ramai kongsi kereta – kurangkan penggunaan kereta di samping dapat berjimat cermat. 

(iii) Kesimpulan
- Dalam penutup, kita mesti ketengahkan cadangan (C)
  dan harapan (H).
- Cukup hanya 2 @ 3 ayat sahaja. Mulakan dengan
  perkataan ‘Kesimpulannya,’.
- Contoh perenggan kesimpulan :

 Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu mengurangkan kesesakan jalan raya di negara kita (cadangan). Oleh itu, rakyat kita akan hidup dalam suasana yang aman dan harmoni (harapan).

Selamat Mencuba!

Sunday, December 1, 2013

Jom isi masa cuti anda!

Soalan Berdasarkan Novel Wira Persona Avatari

Nyatakan tema dan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.


 Tema yang terdapat dalam novel ini ialah ___________________________________ ________________________________________________. 

 Novel yang saya pelajari ialah ________________________________________________. Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini. Persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan ______________. Contohnya, ________________. Selain itu, persoalan _______________________. Contohnya, ______________________. Akhir sekali, persoalan ______________. Contohnya, _______________________.

*Dalam menjawab soalan novel, murid digalakkan menjawab dengan cara di atas. ini akan memudahkan pemeriksa mengesan jawapan.


Soalan Tatabahasa

Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda dikehendaki mengenal pasti kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan itu dan anda diminta menyalin petikan itu semula dengan ejaan dan imbuhan yang betul. 

 Kepentingan memulihara bangunan sejarah adalah untuk memelihara warisan bangsa. Bangunan itu merupakan asset yang paling bernilai kepada negara. Bangunan bersejarah sangat bermakna kerana menggambar budaya dan estitika bangsa. Oleh hal yang demikian, kerja-kerja membaikpulih bangunan tersebut perlu dilakukan tanpa mengubah ciri-ciri asalnya. Selain itu, bangunan itu haruslah dijaga sebaik-baiknya untuk mengekalkan sinambungan legasinya.

Thursday, November 28, 2013

Jom buat latihan ringkasan!

Soalan 1 : Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah obesiti. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

               Masalah obesiti dikatakan berpunca daripada perubahan gaya hidup serta penggunaan peralatan yang semakin canggih. Di Malaysia, masalah ini semakin ketara kerana kita mengamalkan gaya hidup moden yang canggih.

               Obesiti berlaku dalam kalangan kanak-kanak juga. Hal ini kerana kanak-kanak zaman sekarang lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer dan televisyen daripada meluangkan masa bermain di padang permainan.

               Oleh sebab itu, Persatuan kajian Obesiti Malaysia (MASO) telah mengeluarkan satu garis panduan, iaitu Amalan Klinikal Pengurusan Obesiti 2004. Garis panduan ini bertujuan mengawal masalah obesiti di Malaysia secara lebih berkesan. Selain itu, garis panduan ini memperbaiki tahap kesihatan rakyat serta meningkatkan mutu perkhidmatan institusi kesihatan sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta.

               Antara garis panduan yang ditetapkan termasuklah program terapi berat badan, iaitu sekurang-kurangnya penurunan sebanyak sepuluh peratus daripada berat badan yang asal. Apabila berat badan yang disarankan berjaya diperoleh, doktor akan meneruskan sesi tersebut.

               Obesiti dapat juga ditegah melalui amalan gaya hidup sihat. Senaman penting untuk mengekalkan kesihatan dan menurunkan berat badan. Aktiviti fizikal seperti berjoging dan berjalan kaki merupakan cara yang paling mudah untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, peranan ahli keluarga dalam memberikan sokongan moral serta perubahan sikap individu amat penting untuk memastikan usaha menurunkan berat badan berjaya dilakukan.

               Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil berat tentang permakanan. Makanan yang berlemak dan berminyak hendaklah dikurangkan serta tabiat makan secara berlebihan dan pengambilan makanan segera harus dielakkan.

Selamat mencuba!

Wednesday, November 27, 2013

SUKSES 2014



SEMOGA SUKSES 2014

 




TINTA MADAH :


SEMALAM SATU KENANGAN, 

HARI INI SATU KENYATAAN YANG PASTI, 

ESOK?


HANYA ALLAH YANG MENGETAHUINYA...

Latihan Karangan

Pengenalan

    Negara semakin maju. Pembangunan semakin rancak. Manusia pula semakin hari semakin bijak. Dalam menongkah arus pemodenan ini, isu jenayah siber semakin mendapat tempat dalam media massa hari ini. Isu ini juga meniti dari bibir ke bibir dalam segenap lapisan masyarakat. Apakah kesannya kepada kita? Sanggupkah kita membiarkan isu ini bermaharajalela? Marilah kita membasminya hingga ke akar umbinya.

Arahan :
Dengan pengenalan karangan di atas, siapkan sebuah karangan lengkap mengikut kaedah 1P(Pengenalan)5I(Isi)1K(Kesimpulan).

Selamat Mencuba.

Sunday, November 17, 2013

Senarai nama murid Cikgu Jalil yang berjaya menguasai Band 6

Tahniah!

2KM1 2013
1. Ahmad Aqil bin Mohammad Effendi
2. Hani Fathiah binti Zaimee
3. Anis Syazwani binti Md. Aini
4. Ja'afar As-Sadiq bin Mohamad Termizi
5. Muhammad Hazriq Hamqa bin Shaharudin
6. Muhammad Khuzaifah bin Mohd. Idris
7. Muhammad Nuriqram bin Norisham
8. Nur Alia Ayuni binti Roslim
9. Nur Hanis binti Badrul Hisham
10. Nur Izyan 'Inani binti Mohd Amran
11. Nurul Amirah binti Norzailani
12. Nurul Hanis binti Omar

2KM2 2013
1. Ahmad Ikram Shauqie bin Ahmad Zaki
2. Farah Nurliyana binti Mohd. Shaari
3. Nurafiqah binti Mohd Nasir
4. Nur Aimi Farhani binti Mohamad Ramzan
5. Nur Qiatina binti Ramlan
6. Nurul Izza binti Zakaria
7. Sarah Ain binti Mohd Yassin

"Semoga kalian dapat mengharumkan nama diri sendiri, keluarga dan sekolah pada masa akan datang"

Thursday, November 14, 2013

Tahniah, anda melepasi Band 6.

Alhamdulillah, ada beberapa orang pelajar Cikgu Jalil berjaya melepasi Band 6. pertengahan November nanti saya akan paparkan nama mereka yang berjaya. Tahniah dan semoga anda berjaya dengan Band yang sama tahun depan.

Tuesday, October 29, 2013

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM di SMK Seksyen 9, Shah Alam


Murid diterangkan cara menjawab Kertas 1 SPM dengan menggunakan kaedah PIK





Murid membuat latihan yang diberikan



Terima Kasih SMK Seksyen 9, Shah Alam.
Tahun depan jemput lagi.

Kepada murid-murid SMK Seksyen 9, Shah Alam,
Semoga anda dapat buat yang terbaik.
InsyaAllah.


Tajuk-tajuk Spot untuk SPM

Tajuk-tajuk spot
1.         Kenaikan harga barang - langkah
2.         Rokok
3.         Kepupusan flora dan fauna
4.         Merperkasakan industri kraf tangan negara
5.         Menabung
6.         Peningkatan suhu bumi – alam sekitar
7.         Sektor/Bidang kesihatan
8.         Vandalisme
9.         Kes ragut
10.       Sektor pelancongan – langkah mengaktifkan
11.       Obesiti murid – langkah
12.       Disiplin kunci segala-galanya
13.       Kesan pendatang tanpa izin
14.       Di sebalik memanfaatkan laman sesawang
15.       Isu pendidikan negara
16.       Pengangkutan awam
17.       Pelaburan dan tabungan
18.       Memulihara bangunan bersejarah
19.       Perpaduan
20.       Telefon Bimbit
21.       Pengguna Bijak
22.       Penyakit Merbahaya
23.       Peranan sekolah
24.       Peranan ibu bapa
25.       Peranan masyarakat
26.       Peranan media massa
27.       Peranan Kerajaan

*Berdasarkan tajuk-tajuk di atas, anda diminta mencari sendiri karangan contoh untuk memantapkan isi-isi karangan di samping persiapkan diri anda dengan frasa-frasa menarik. Isu-isu ini mesti dilihat dalam pelbagai kehendak soalan (punca, kesan, langkah)

*Semoga Kecemerlangan Milik Anda. Amin...



Sunday, October 20, 2013

Rujukan Guru dan Murid : Cara untuk mengaplikasikan perkara yang ada di sekeliling kita dalam karangan

PENGANGKUTAN MERUPAKAN SATU PLATFORM UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT KEPADA ORANG RAMAI


Langkah untuk menggalakkan orang ramai mentranformasikan industri pengangkutan awam darat negara.

Murid boleh mencuba contoh perenggan di bawah dalam karangan.


Pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Pihak kerajaan bolehlah memanfaatkan pengangkutan awam sebagai platform dalam mendidik dan menyedarkan masyarakat ke arah fiil positif. Contohnya, pihak-pihak tertentu bolehlah melekatkan iklan-iklan ataupun cogan kata yang berunsurkan nasihat dan perkara yang berkaitan dengan impak buruk jika melibatkan diri dengan gejala sosial. Iklan-iklan dan cogan kata tersebut bolehlah dilekatkan pada dinding-dinding kenderaan awam seperti bas, LRT dan monorel. Impaknya, mesej yang hendak disampaikan oleh pihak kerajaan tercapai sekali gus membantu dalam memerangi gejala sosial dalam kalangan masyarakat. Jelaslah di sini bahawa pihak kerajaan memainkan peranan dalam membanteras masalah yang rumit ini.

Saturday, October 19, 2013

SEMINAR MOTIVASI & BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU DI MPKJ


Cikgu Jalil di MPKJ menerangkan cara menulis karangan dengan mudah menggunakan cara 'PIK'















Terima kasih MPKJ dan AHLAN atas undangan kali ini...
Kepada peserta seminar, moga kecemerlangan milik anda.

Friday, October 18, 2013

Jom Buat Latihan Tatabahasa

1. Berpuluh orang penumpang terpaksa bermalam di lapangan terbang akibat
    perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi tergendala.
    (______________________)

2. Beribu-ribu ayam di Turki mati akibat wabak penyakit seselma burung.
    (________________)

3. Setengah orang suka memancing ikan di sungai. (_____________)

4. Para-para penduduk kampung bergotong-royong membaiki jambatan yang rosak
    akibat banjir. (___________________)

5. Jalanraya di Kuala Klawang sangat curam dan bengkang-bengkok. (__________)

6. Bandaraya Seremban diperindah sempena Sukan SUKMA. (____________)

7. Sazlin akan mewakili negara ke peringkat antara bangsa dalam acara bowling.
    (_____________)

8. Menteri besar-menteri besar sedang bermesyuarat di dewan besar Putrajaya.
    (______________)

9. Alat tulis-alat tulis yang dijual di Kedai Sinaran sangat murah. (___________)

10. Mereka-mereka selalu berbincang di dalam kelas. (__________)

  
Jawapan latihan 4      
1. Berpuluh-puluh orang penumpang             
2. Beribu-ribu ekor ayam                               
3. Setengah-setengah orang                           
4. Para penduduk                                           
5. Jalan raya                                                   
6.  Bandar raya
7. antarabangsa
8. Menteri-menteri besar
9. Alat-alat tulis
10. Mereka

Selamat Mencuba.

Wednesday, October 16, 2013

Kata Banyak Makna

Kata Banyak Makna

Kata banyak makna bermaksud perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud.Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan. Kata banyak makna terbahagi kepada tiga bentuk iaitu kata dasar, berimbuhan dan kata ganda.


Kata
Maknanya
Akal
1. fikiran
2. ikhtiar
3. muslihat, tipu helah
Alamat
1. tanda
2. tempat tinggal
3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah,poskod dan   
    menunjukkan tempat tinggal seseorang.
Barang
1. benda
2. lebih kurang
3. apa-apa saja
Bermuka-muka
1. beberapa banyak muka surat.
2. berpura-pura atau tidak ikhlas
Bersimpang-siur
1. bergerak ke sana ke mari.
2. silang-menyilang kerana terlalu banyak.
3. terlalu banyak likunya, berliku-liku.
Besar
1. tidak kecil.
2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya.
3. penting, berpengaruh, berkuasa
4. tugas penting, hajat atau niat.
Cerah
1. terang
2. jernih.
3. agak putih.
4. berseri, tidak muram.
5. baik, bahagia.
Cetek
1. tidak luas (pengetahuan)
2. tidak dalam (air)
Dalam
1. tidak cetek
2. luas pengalaman
Diam
1. tidak bercakap, senyap
2. tinggal
Diam-diam
1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa.
2. tidak berbuat apa-apa
Dingin
1. sejuk
2. tidak meriah
Faedah
1. guna, manfaat.
2. bunga, laba, untung
Halaman
1. muka surat.
2. pekarangan rumah
Halus
1. kecil-kecil.
2. beradab
Hampa
1. kecewa
2. tidak berisi
3. kosong
Hangat
1. berita yang masih baru
2. panas
Haus
1. dahaga
2. sangat ingin mendapatkan sesuatu
3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakan
Jelas
1. terang, nyata
2. selesai, beres
Kemas
1. teratur
2. disiapkan dengan baik
3. kuat, teguh, erat.
Kemasukan
1. dimasuki oleh sesuatu
2. yang behubung dengan perihal masuk
Kepantasan
1. kelajuan
2. kecekapan
Lapangan
1. kawasan yang luas
2. jurusan, bidang
Lapang
1. luas
2. tidak sibuk
Masak
1. boleh dipetik dan dimakan
2. tidak mentah
3. berpengalaman
Menganjurkan
1. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan
2. mengadakan
3. menghulurkan atau memajukan ke depan
Menggosok-gosok
1. menggilap
Menjelaskan
1. menerangkan atau menghuraikan dengan lebih lanjut
2. menyelesaikan hutang
Menjemput
1. mengambil
2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jari
Melancarkan
1. memulakan sesuatu dengan cepat / meluncurkan
2. memudahkan / melicinkan sesuatu usaha
3. melakukan / mengadakan sesuatu serangan, tindakan
Melepaskan
1. membebaskan / menjadi tidak terikat
2. menghilangkan (letih / penat)
3. memberikan / menguntukkan
4. mengeluarkan / membiarkan keluar (perasaan)
Membuka
1. menjadikan tidak bertutup
2. menghidupkan sesuatu
3. memberikan peluang
Memotong
1. mengerat / memenggal
2. mengurangkan sesuatu
3. memintas
4. mencelah percekapan orang
5. menoreh getah
Menyaingi
1. mengiringi / menemani
2. menandingi / berlawan
Menahan
1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak membenarkan,   
    menghentikan.
2. melawan / menangkis serangan
3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti
4. menguatkan diri supaya sanggup menderita
Menelan
1. memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong
2. banyak memerlukan
3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkan
Menuntut
1. mendesak
2. mencari ilmu
Pengajaran
1. sesuatu yang diajar
2. pedoman
Rasa
1. rasa dengan lidah
2. pendapat, fikiran
3. keadaan hati terhadap sesuatu
Serong
1. tidak lurus, tidak tepat letaknya
2. tidak jujur, curang
Tahan
1. tidak mudah rosak
2. sanggup menderita
3. cukup, memadai
Tajam
1. dapat memotong dengan mudah
2. cerdik
3. keras atau pedas (perkataan, kritik)
Tawar
1. tidak terasa apa-apa
2. tidak mujarab, hilang kekuatan
3. tidak berkemahuan, tidak bernafas / bersemangat
4. meminta dikurangkan harga barangan
*Nota ini diambil dan diedit dari laman sesawang yang terpilih, selamat berkongsi ilmu.