Karangan Berpandukan
Bahan Rangsangan (Bahagian B Kertas 2)
(i)Pengenalan :
- Isu + Kehendak Soalan (KS)
(Terdapat dalam arahan soalan selepas
perkataan ‘tentang’)
...tentang cara-cara mengurangkan kesesakan
jalan raya. ...
- Contoh pengenalan :
Mutakhir
ini, kesesakan jalan raya semakin menjadi-jadi di negara kita. @ pada masa
ini. @ dalam kalangan masyarakat. Terdapat cara-cara untuk mengurangkan
kesesakan jalan raya ini.
- mengikut kehendak soalan. Isi perlu jelas.
- cukup 3 – 4 isi sahaja (bergantung pada bahan rangsangan yang
diberikan)
- mulakan dengan penanda wacana (PW), Kata
Kunci (Isi1), Selain itu (Isi 2), Di samping itu
(Isi 3), Akhir sekali (Isi 4),)
- isi (Huraian) + Contoh *Peribahasa
- Contoh perenggan isi :
Cara untuk mengurangkan kesesakan jalan raya (KK) adalah
dengan menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam (Isi1)
seperti bas awam, LRT dan teksi (Contoh). Ini kerana keadaan ini akan mengurangkan
penggunaan kenderaan di jalan raya (Huraian).
Latihan :
Isi 2 – kita boleh mengadakan
kempen menyokong kenderaan awam – tambang berpatutan.
Isi 3 – kita boleh menggalakkan orang ramai kongsi
kereta – kurangkan penggunaan kereta di samping dapat berjimat cermat.
(iii) Kesimpulan
- Dalam penutup, kita mesti ketengahkan cadangan (C)
dan harapan (H).
- Cukup hanya 2 @ 3 ayat sahaja. Mulakan dengan
perkataan ‘Kesimpulannya,’.
- Contoh perenggan kesimpulan :
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu mengurangkan
kesesakan jalan raya di negara kita (cadangan). Oleh itu, rakyat kita
akan hidup dalam suasana yang aman dan harmoni (harapan).
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment