Wednesday, May 28, 2014

Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM di SAM Uswanus Saadah, Kanchong Darat, Banting 28 Mei 2014


Terima kasih kepada Cikgu Leni kerana percayai saya untuk mengemudikan ceramah hari ini...
















Terima kasih daun keladi, nanti-nanti jemputlah lagi.

Semoga kecemerlangan milik anda. 
Amin!!!


Tuesday, May 27, 2014

Manfaatkan cuti anda...

Anda akan balik kampung atau sebaliknya???

Jom, kita buat sedikit latihan kendiri. kita boleh mengambil kesempatan dengan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah.

Pertama, cuba anda renungkan dan fikirkan apakah kebudayaan yang masih kekal di kampung anda atau di negeri yang anda kunjungi? 

Kedua, bagaimanakah kebudayaan itu dikekalkan? Siapakah yang berperanan? Untuk siapakan kebudayaan itu dikekalkan?

Ketiga, apakah nilai-nilai yang anda dapat lihat yang masih diamalkan sehingga kini?

Selamat memanfaatkan masa cuti anda!!!

Sekitar Sambutan Hari Guru di SMK Jalan Reko, Kajang

Bergambar kenangan...








"Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi"

Selamat Hari Guru


Ceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM di Perkampungan Ilmu SMK Bandar Tasik Kesuma 24 Mei 2014

Sekitar ceramah...










Terima kasih daun keladi,
jangan serik ya, nanti jemput lagi...

Sunday, May 4, 2014

Cara Mudah dalam Menjawab Bahasa Melayu

Lebih kepada penulisan karangan


Cara menggunakan 5W1H?


Dalam penulisan karangan : Wacananya mesti lengkap


Contoh perenggan penutup


Contoh perenggan isi


Pecahan dalam kertas 2 BM SPM


Penjelasan dalam penulisan karangan

Selamat Mencuba yang terbaik...


Tuesday, April 1, 2014

Sajak 'Harga Remaja' Tingkatan 4

Harga Remaja
(Rahman Shaari)

Maksud :


Rangkap 1         
Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Rangkap 2
Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3
Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Rangkap 4
Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.



Tema : 

Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda.
Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.


Persoalan :
  1. Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
  2. Persoalan jati diri remaja.
  3. Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
  4. Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja. Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.

 Bentuk
 Terdiri daripada empat rangkap
  1. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris.
  2. Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris.
  3. Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.
  4. Sajak ini berbentuk bebas.
Nada :
Sinis

Gaya Bahasa :
  1. Ayatnya pendek-pendek.
Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)

  1. Diksinya mudah difahami.
Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

  1. Aliterasi :pengulangan konsonan m
Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)

  1. Pengulangan konsonan t
Contoh :  dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)

  1. Asonansi :pengulangan vokal a
Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
             Pengulangan vokal i
Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)

  1. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris
Contoh : bagai kehijauan daun
                            bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)

  1. Metafora
Contoh : piala remajamu  (rangkap 2, baris 2)
                          cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3)
                           madu ajaran  (rangkap 2, baris 5)
  1. Simile
Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)

  1. Sinkope
Contoh : Penuhilah remajamu
               Dengan apakah akan kau penuhi


Nilai
  1. Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
  2. Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
  3. Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.
Pengajaran 

  1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
  2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
  3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
  4. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.


Soalan

1.            Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak Harga Remaja.

2.            Nyatakan dua pengajaran yang diperoleh daripada sajak Harga Remaja.



Jawapan:

1.            i)  Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
ii) Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
           
2.         i)  Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang   bermanfaat.
ii) Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang  cerah.